Surah Al-Nur-j18h350

Halaman 350

Tarjuman
Bahasa Melayu

1. Ini satu surah yang Kami turunkan dan Kami wajibkan hukum-hakamnya serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata semoga kamu mengambil peringatan.

2. Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat setiap seorang daripada kedua-duanya seratus kali sebatan dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap kedua-duanya dalam menjalankan hukum Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat serta hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan itu oleh sekumpulan daripada orang yang beriman.

3. Lelaki yang berzina tidak dinikahi melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik, dan perempuan yang berzina itu pula tidak dinikahi melainkan dengan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Demikian itu terlarang kepada orang yang beriman. (Hukum berkenaan ayat ini telah dimansuhkan dengan ayat lain).

4. Dan orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebatan dan janganlah kamu menerima penyaksian mereka itu selama-lamanya, kerana mereka adalah orang yang fasik.

5. Kecuali orang yang bertaubat sesudah itu, dan memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang,

6. Dan orang yang menuduh isterinya berzina, sedangkan mereka tidak ada saksi-saksi kecuali dirinya sendiri, maka penyaksian bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah sebanyak empat kali, bahawa sesungguhnya dia daripada orang yang benar,

7. Dan sumpah yang kelima (hendaklah dia berkata), “Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika dia daripada orang yang dusta.”

8. Dan isterinya pula dihindarkan daripada hukuman apabila dia turut melakukan sumpah dengan nama Allah sebanyak empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu sebenarnya adalah daripada orang yang berdusta,

9. Dan sumpah yang kelima (hendaklah dia berkata), “Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya daripada orang yang benar.”

10. Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurniaan Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, dan Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Bijaksana, (tentulah kamu akan mengalami kesusahan yang sukar diatasi).

English

1. (This) is a Surah which We have sent down and which We have ordained, and in which there are clear signs that you may take heed. 

2. (As for) the adulteress and the adulterer then, flog each one of them with a hundred stripes, and let not compassion hold you back from (implementing) the laws of Allah, if you believe in Allah and the Last Day, and let a party of the believers witness their punishment. 

3. The adulterer shall not marry except an adulteress or a pagan woman, and the adulteress shall not marry except an adulterer or a pagan man. And this is forbidden to the believers. 

4. And those who accuse chaste women but bring not four witnesses then, flog them with eighty stripes, and never (again) accept their evidence for they are transgressors. 

5. Except those who repent thereafter and do righteous deeds, for surely Allah is Often Forgiving, Most Merciful. 

6. And as for those who accuse their own wives, but have no witnesses except themselves, then let the testimony of one of them be four testimonies (i.e. testifies four times) by Allah that he is most surely of those who speak the truth,

7. And the fifth time that the curse of Allah be upon him, if he tells a lie. 

8. And it shall avert the punishment from her, if she bears witness four times by Allah that he is telling a lie, 

9. And the fifth time that the wrath of Allah be upon her if he tells the truth. 

10. And were it not for the grace of Allah and His mercy upon you, and that Allah is Often Returning, Wise (He would have punished you).

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Khulasah Al-Quran