Surah Yusuf-j13h248

Halaman 248

Tarjuman
Bahasa Melayu

104. Dan engkau tidak meminta kepada mereka sebarang upah (sebagai imbalan menyampaikan ajaran al-Quran itu), sedangkan al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan dan pengajaran bagi umat manusia seluruhnya.

105. Sudah begitu banyak tanda-tanda (yang menunjukkan keesaan dan kekuasaan Allah) di langit dan di bumi yang mereka saksikan berulang-ulang kali, namun mereka tidak juga mahu memikirkannya.

106. Dan kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah, melainkan dalam keadaan mempersekutukan Allah dengan yang lain.

107. Adakah mereka merasa aman daripada kedatangan azab Allah yang meliputi mereka, atau kedatangan hari kiamat secara mengejut ketika mereka tidak menyedarinya?

108. Katakanlah (wahai Muhammad), “Inilah jalanku, aku dan orang yang mengikutku, menyeru (manusia umumnya) kepada agama Allah dengan keterangan yang nyata. Maha Suci Allah (daripada sebarang sekutu) dan aku bukanlah daripada golongan orang musyrik (yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain).”

109. Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu (wahai Muhammad) melainkan lelaki-lelaki daripada penduduk kota-kota tertentu, yang Kami wahyukan kepada mereka. Maka, mengapa orang (yang tidak mahu beriman) itu tidak mengembara di muka bumi, lalu memerhatikan bagaimana akibat orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka? (Ingatlah) sesungguhnya negeri akhirat lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, mengapa kamu (wahai manusia) tidak mahu memikirkannya?

110. (Orang yang mendustakan agama Allah itu telah diberi tempoh yang panjang sebelum ditimpakan dengan azab) sehingga apabila para rasul berputus asa dan meyakini bahawa mereka telah disifatkan oleh kaumnya sebagai orang yang berdusta, maka pertolongan Kami datang kepada mereka, lalu diselamatkan sesiapa yang Kami kehendaki. (Ingatlah bahawa) azab Kami tidak akan dapat ditolak oleh sesiapapun daripada menimpa kaum yang berdosa.

111. Sesungguhnya kisah para nabi itu mengandungi pengajaran bagi orang yang mempunyai akal fikiran. Al-Quran itu bukanlah cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam kitab-kitab yang sebelumnya, dan sebagai keterangan yang menjelaskan segala sesuatu, serta menjadi hidayah dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.

English

104. And you do not ask them any reward for it. It is nothing but a reminder for the people of the world.

105. And how many sign is in the heavens and the earth, which they pass by, yet turn away from it!

106. And most of them believe not in Allah without associating others (as partners with Him).

107. Are they secure from the coming of an overwhelming punishment from Allah, or the sudden coming to them of the Hour while they perceive not?

108. Say (O Muhammad!): “This is my way, I call to Allah, I am upon an enlightenment and (so are) those who follow me, and Glory be to Allah, and I am not one of the pagans.”

109. And We sent not before you but men from the residents of the towns to whom We revealed (Our command). Have they not then travelled in the land that they may see what was the end of those before them? And the
home of the Hereafter is better for those who fear Allah. Will you not then understand?

110. So much so when the Messengers despaired and they (the people) thought that they had surely been told lies, Our help came to them. Then We saved whom We willed. And Our punishment is not to be turned back from those who are in sin.

111. Most surely there is a lesson in their stories for people endued with understanding. This is not a tale which has been forged, but it is a
confirmation of what is before it, and an explanation of all things, and a
guidance and a mercy for a people who believe.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi