Surah Yusuf-j13h243

Halaman 243

Tarjuman
Bahasa Melayu

64. (Nabi) Yaakub berkata, “Bagaimana mungkin aku akan membenarkannya (Bunyamin) bersama kamu melainkan seperti aku telah membenarkan saudaranya (Nabi Yusuf) bersama kamu dahulu?” Maka Allah jualah sebaik-baik Penjaga dan Dia jua Yang Maha Penyayang daripada para penyayang.”

65. Dan semasa mereka membuka barang-barang mereka, mereka mendapati barang dagangan mereka telah dikembalikan kepada mereka. Mereka berkata (dengan gembira), “Wahai ayah kami! Apa yang kita kehendaki lagi? Ini barang dagangan yang kita jadikan tukaran (bagi mendapat gandum) itu telah dikembalikan kepada kita. Kami akan dapat memberi makan keluarga kami dan kami akan dapat menjaga saudara kami, serta kami akan dapat tambahan benda-benda makanan sebanyak muatan seekor unta lagi. Pemberian tambahan yang sebanyak itu mudah sekali ditunaikannya.”

66. (Nabi) Yaakub berkata, “Aku tidak sekali-kali akan melepaskannya (Bunyamin) pergi bersama-sama kamu, sehingga kamu memberi kepadaku satu perakuan janji (bersumpah) dengan nama Allah, bahawa kamu akan membawanya kembali kepadaku dengan selamat, kecuali jika kamu semua dikepung dan dikalahkan oleh musuh.” Maka, ketika mereka memberikan perakuan janji (bersumpah) kepadanya, maka Yaakub berkata, “Allah jua yang menjadi saksi terhadap apa yang kita semua ucapkan itu.”

67. Dan dia (Nabi Yaakub) berkata lagi, “Wahai anak-anakku! Janganlah kamu masuk (ke bandar Mesir) dari sebuah pintu sahaja. Tetapi masuklah daripada beberapa buah pintu yang berlainan. Aku (dengan nasihatku ini) tidak dapat menyelamatkan kamu daripada sesuatu takdir yang telah ditetapkan oleh Allah. Keputusan menetapkan sesuatu (sebab dan musabab) itu hanyalah milik Allah. Kepada-Nya aku bertawakal, dan kepada-Nya sahaja orang yang bertawakal berserah diri.”

68. Dan ketika mereka masuk menurut arah yang diperintahkan oleh bapa mereka, maka (perintahnya itu) tidak dapat menyelamatkan mereka daripada apa yang telah ditakdirkan oleh Allah sedikit pun, tetapi yang demikian itu hanyalah suatu hajat yang terpendam dalam hati (Nabi Yaakub). Sesungguhnya dia seorang yang berilmu, kerana Kami telah mengajarnya (dengan perantaraan wahyu). Tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (akan rahsia takdir Tuhan).

69. Dan semasa mereka masuk menemui (Nabi) Yusuf, dia menempatkan saudara kandungnya (Bunyamin) bersama-samanya, sambil berkata kepadanya, “Akulah saudaramu (Nabi) Yusuf. Oleh itu, janganlah engkau berdukacita terhadap apa yang mereka lakukan.”

English

64. He said: “Shall I entrust you with him, as I entrusted you with his brother before that? But Allah is the Best guardian and He is the Most Merciful of those who show mercy.”

65. And when they opened their goods, they found their merchandise returned to them, they said: “O our father! What (more) do we want? Here is our merchandise returned to us, and we shall bring provision for our
family, and we shall guard our brother, and we shall receive one more camel load. That is a measure which is easy to obtain.”

66. He said: “I will not send him with you until you swear a solemn oath to me in Allah’s Name that you will certainly bring him back to me except that you are forced by circumstances.” And when they had given him their
promise, he said: “Allah is the witness over what we say.”

67. And he said: “O my sons! Enter not from one gate, but enter by different gates and I cannot avail you anything against Allah. The judgement belongs to Allah alone. In Him do I put my trust and let all those that trust, put their trust in Him.”

68. And when they entered according to their father’s advice, it did not avail them anything against Allah, but it was a wish in the heart of Ya‘qub
which he fulfilled. And surely he was endowed with knowledge because We had taught him, but most men know (it) not.

69. And when they presented themselves before Yusuf, he took his
brother to stay with him, and said: “I am indeed your brother, therefore
grieve not at what they have been doing.”

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi