Halaman 242
Tarjuman
Bahasa Melayu
53. “Dan aku tidak berani mengaku diriku suci (daripada dosa), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali (nafsu) orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
54. Dan (setelah mendengar pengakuan wanita-wanita itu), raja berkata, “Bawalah (Nabi) Yusuf kepadaku, aku hendak menjadikan dia orang kepercayaan bagi diriku.” Setelah (raja) berkata-kata dengan (Nabi) Yusuf, maka dia berkata, “Sesungguhnya engkau pada hari ini (wahai Nabi Yusuf) seorang yang berpangkat tinggi, lagi dipercayai dalam kalangan kami.”
55. (Nabi) Yusuf berkata, “Jadikanlah aku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir). Sesungguhnya aku adalah orang yang mampu menjaganya (dengan sebaik-baiknya) lagi mengetahui cara mentadbirnya.”
56. Dan demikianlah (caranya), Kami mengukuhkan kedudukan (Nabi) Yusuf (dengan dikurniakan kekuasaan) di bumi (Mesir), dia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami melimpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki dan Kami tidak mensia-siakan pahala orang yang berbuat kebaikan.
57. Dan sesungguhnya pahala hari akhirat lebih baik bagi orang yang beriman dan sentiasa bertakwa.
58. Dan (setelah tiba musim kemarau) saudara-saudara (Nabi) Yusuf datang (ke Mesir), lalu mereka masuk menemuinya. Maka, (Nabi) Yusuf dengan serta-merta mengenali mereka, sedangkan mereka tidak mengenalinya.
59. Dan ketika (Nabi) Yusuf menyediakan bekalan untuk mereka (makanan), dia berkata, “(Pada kali yang lain) bawalah kepadaku saudara kamu yang sebapa (Bunyamin). Tidakkah kamu melihat, bahawa aku menyempurnakan sukatan (bekalan makanan kamu) dan aku adalah sebaik-baik penerima tetamu?
60. Tetapi, jika kamu tidak membawanya kepadaku, maka kamu tidak akan mendapat bekalan makanan daripadaku dan janganlah kamu bertemu denganku lagi.”
61. Mereka berkata, “Kami akan memujuk bapanya untuk membenarkannya bersama-sama kami. Sesungguhnya kami akan melakukannya.”
62. Dan (selepas itu), Nabi Yusuf berkata kepada orang suruhannya, “Masukkanlah ke dalam karung-karung mereka barang dagangan mereka (iaitu barang-barang tukaran untuk mendapatkan makanan), supaya mereka mengetahuinya kelak. apabila mereka kembali kepada keluarga mereka, mudah-mudahan mereka datang lagi (ke negeri ini).”
63. Maka ketika mereka kembali kepada bapa mereka (Nabi Yaakub), mereka berkata, “Wahai ayah kami! Kami (telah diberi amaran bahawa kami) tidak akan mendapat lagi bekalan makanan (sekiranya Bunyamin tidak pergi bersama). Oleh itu, biarkanlah saudara kami itu pergi bersama-sama kami, supaya kami mendapat lagi bekalan makanan. Sesungguhnya kami akan menjaganya dengan sebaik-baiknya.”
English
53. “And I do not claim that myself is free (from sin), surely the soul is indeed prone to evil, except such as my Lord bestows mercy on. Surely my Lord is Often Forgiving, Most Merciful.”
54. And the king said: “Bring him to me. I will attach him to my person.” So when he spoke to him, he said: “You are this day a man of position and trust with us.”
55. He said: “Appoint me over the treasures of the land, surely I am watchful, knowing.”
56. And thus did We give power to Yusuf in the land. He established himself wherever he liked. We cause Our mercy to reach whom We will. And We waste not the reward of the doers of good.
57. And surely the reward of the Hereafter is better for those who believe and fear Allah.
58. And came Yusuf’s brothers, then they presented themselves before him, and he recognised them but they did not recognise him.
59. And when he had provided them with their provision, he said: “Bring me a brother of yours from your father, do you not see that I give full measure and that I am the best of hosts?
60. But if you do not bring him to me, then there shall be no measure for you from me and do not come near me.”
61. They said: “We will try to get permission about him from his father, and we will certainly do it.”
62. And he (Yusuf) told his servants: “Place their merchandise in their
luggage, so that they may recognise it when they go back to their family, in order that they may come back.”
63. So when they returned to their father, they said: “O our father! (Further) measure has been denied to us, therefore send our brother with
us, so that we may get our measure, and we are surely guardians over him.”
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

