Surah Yusuf-j12h236

Halaman 236

Tarjuman
Bahasa Melayu

5. Bapanya berkata, “Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, (kerana aku khuatir) mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan ialah musuh yang nyata bagi manusia.”

6. “Demikianlah (cara) Tuhanmu memilihmu dan mengajarkanmu ta’bir (mentafsir) mimpi serta menyempurnakan nikmat-Nya kepadamu dan kepada keluarga Yaakub, sebagaimana Dia telah menyempurnakannya kepada nenek moyangmu dahulu iaitu Ibrahim dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

7. Sesungguhnya terdapat beberapa tanda kekuasaan Allah pada (Nabi) Yusuf dan saudara-saudaranya itu bagi orang yang bertanya.

8. Ketika saudara-saudara (Nabi) Yusuf berkata (sesama sendiri), “Sesungguhnya Yusuf dan adiknya lebih disayangi oleh bapa kita daripada kita, padahal kita ini satu kumpulan (yang ramai dan berguna). Sesungguhnya bapa kita dalam kekeliruan yang nyata.”

9. “Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia ke suatu tempat (yang jauh) supaya perhatian dan kasih sayang bapa kamu tertumpu kepada kamu semata-mata dan supaya kamu sesudah itu menjadi orang yang baik dan berguna (setelah bertaubat).”

10. Salah seorang antara mereka berkata, “Janganlah kamu membunuh Yusuf, tetapi buanglah dia ke dalam dasar perigi supaya dia dipungut oleh sebahagian daripada orang musafir (yang lalu di situ), sekiranya kamu tetap hendak menjalankan rancangan kamu itu.”

11. Mereka pun berkata, “Wahai ayah kami! Mengapa ayah tidak percaya kepada kami tentang Yusuf, padahal sesungguhnya kami sentiasa tulus ikhlas mengambil berat kepadanya?”

12. “Biarkan dia pergi bersama-sama kami esok, supaya dia bersuka ria makan minum dan bermain-main dengan bebasnya, sesungguhnya kami akan menjaganya dengan sebaik-baiknya.”

13. Bapa mereka (Nabi Yaakub) menjawab, “Pemergian kamu membawanya bersama sangatlah mendukacitakan aku, dan aku bimbang dia akan dimakan oleh serigala ketika kamu lalai daripada menjaganya.”

14. Mereka berkata, “Kalau dia dimakan oleh serigala sedangkan kami ramai bilangannya, sesungguhnya kami sudah tentu menjadi orang yang rugi.”

English

5. He said: “O my son! Relate not your vision to your brothers lest they design a plot against you. Surely Satan is a clear enemy to mankind.

6. And thus will your Lord choose you and teach you the interpretation of these visions, and He will perfect His blessings upon you and upon the Children of Ya‘qub, as He perfected it upon your forefathers, Ibrahim and Ishaq before this.” Surely your Lord is All-Knowing, All-Wise.

7. Most certainly in (the story of) Yusuf and his brothers there are signs for those who inquire (about the truth).

8. When they said: “Certainly Yusuf and his brother are dearer to our father than us, and we are a strong group to guard him (or sons of the same father). Surely our father is in an obvious error.

9. Kill Yusuf or cast him away to some (foreign) land, so that the favour of your father may be left to you entirely, and then you may become after that a righteous people.”

10. One among them said: “Kill not Yusuf, but put him down into the bottom of a well so that some caravan may pick him up, if you would do something (to him).”

11. They said: “O our father, what is the matter with you that you do not entrust us with Yusuf, and most surely we are his well-wishers?

12. Send him with us tomorrow that he may enjoy himself and play, and
surely we are guardians over him.”

13. He said: “Surely it grieves me to send him with you, and I fear that a
wolf may devour him, while you are not looking after him.”

14. They said: “Surely if a wolf should devour him while we are a strong
group (or sons of the same father), we should surely then be losers.”

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi