j23h443-Surah Yasin

Halaman 443

Tarjuman
Bahasa Melayu

41. Dan satu bukti lagi untuk mereka ialah, Kami mengangkut keturunan mereka dalam bahtera yang penuh sarat (iaitu bahtera Nabi Nuh).

42. Dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya.

43. Dan jika Kami kehendaki, Kami boleh menenggelamkan mereka. Ketika itu, tidak ada yang dapat memberi pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan,

44. Kecuali dengan rahmat daripada Kami dan (kerana kehendak Kami untuk memberikan) kesenangan hidup sampai ke suatu masa.

45. Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Takutlah kamu akan azab yang ada di hadapan kamu (di dunia) dan azab yang ada di belakang kamu (di akhirat), supaya kamu beroleh rahmat,” (tetapi mereka tidak mengendahnya).

46. Dan tidak ada sesuatu keterangan yang sampai kepada mereka daripada keterangan-keterangan Tuhan mereka melainkan mereka selalu berpaling daripadanya (enggan menerimanya).

47. Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Nafkahkanlah sebahagian daripada rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepada kamu.” Orang yang kafir itu berkata kepada orang yang beriman (secara mengejek-ejek), “Patutkah kami memberi makan kepada seseorang yang jika Allah kehendaki tentulah Dia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata.”

48. Dan mereka bertanya (secara mempersenda), “Bilakah datangnya (hari akhirat) yang dijanjikan itu? Jika kamu sememangnya orang yang benar!”

49. Mereka tidak perlu menunggu lama melainkan satu pekikan sahaja (iaitu tiupan sangkakala yang pertama) yang akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar.

50. Lalu, mereka tidak berpeluang membuat sebarang pesanan (wasiat atau lainnya), dan mereka tidak dapat kembali kepada keluarganya (kerana kesemuanya mati di tempat masing-masing).

51. Dan ditiupkan sangkakala (yang kedua), (apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) menghadap Tuhannya.

52. (Pada ketika itu) orang yang tidak percayakan kebangkitan semula berkata, “Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?” (Lalu dikatakan kepada mereka), “Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh rasul-rasul itu!”

53. Hanya dengan berlakunya satu pekikan sahaja, maka dengan serta-merta mereka dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).

54. Maka pada hari itu, tidak ada seseorang yang akan dianiaya sedikit pun, dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan mengikut apa yang kamu telah kerjakan.

English

41. And a sign to them is the fact that We carried their offspring in the laden ship.

42. And We have created for them the like thereof which they ride.

43. And if We will, We could drown them, then there would be no helper for them, nor would they be saved.

44. Except through mercy from Us, and an enjoyment for a time.

45. And when it is said to them: “Fear that which is before you and what is behind you, that you may be shown mercy,” (they turn away).

46. And no sign out of the signs of their Lord comes to them but they turn away from it.

47. And when it is said to them: “Spend of what Allah has provided you with,” those who disbelieve say to those who believe: “Shall we feed him whom Allah could have fed if He had willed? You are in nothing but clear error.”

48. And they say: “When will this promise come to pass if you are truthful?”

49. They wait for nothing but a single cry, which will seize them while they are yet disputing with each other,

50. So they will not be able to make a bequest, nor will they be able to return to their families.

51. And when the Trumpet will be blown, then behold! they will quickly come out of the graves towards their Lord.

52. They will say: “O woe to us! Who has raised us up from our sleeping-places? This is the promise of the Most Gracious and indeed the Messengers, told the truth.”

53. There would be but a single cry, then behold! they will all be brought before Us.

54. This day no soul shall be wronged in anything, and you will not be rewarded anything except what you used to do.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi