Surah Yasin-j23h442

Halaman 442

Tarjuman
Bahasa Melayu

28. Dan kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah dia (mati) pasukan tentera dari langit (untuk membinasakan mereka), dan tidak perlu Kami menurunkannya.

29. (Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka dengan serta-merta mereka semuanya mati.

30. Alangkah besarnya penyesalan yang menimpa hamba-hamba (yang mengingkari kebenaran) itu! Tidak datang kepada mereka seorang rasul melainkan mereka mengejek-ejeknya.

31. Tidakkah mereka mengetahui, berapa banyak umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka? Umat-umat yang telah binasa itu tidak kembali lagi kepada mereka.

32. Dan bahawa setiap umat akan dihadapkan kepada Kami pada ketika itu (untuk menerima balasan).

33. Satu bukti yang terang untuk mereka (bagi menunjukkan mereka akan dibangkitkan kembali) ialah bumi yang mati. Kami hidupkan bumi itu dan Kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka mereka makan daripada biji-bijian itu.

34. Dan Kami jadikan di bumi itu kebun-kebun tamar dan anggur, dan Kami pancarkan padanya beberapa mata air,

35. Supaya mereka makan daripada buah-buahannya dan daripada apa yang dikerjakan oleh tangan mereka. Maka mengapakah mereka tidak bersyukur?

36. Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasang-pasangan, sama ada daripada apa yang ditumbuhkan oleh bumi, atau daripada diri mereka sendiri, ataupun daripada apa yang mereka tidak mengetahuinya.

37. Dan satu bukti lagi untuk mereka (berfikir) ialah malam. Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam kegelapan.

38. Dan (antara bukti-bukti juga ialah) matahari yang beredar di orbitnya. Itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.

39. Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peredaran (fasa), sehingga di akhir peredarannya ia kembali seperti tandan yang kering (berbentuk melengkung menurut pandangan mata).

40. (Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mungkin mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang. Tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di orbitnya masing-masing.

English

28. And We did not send down after him, any hosts from heaven on his people, nor do We ever send.

29. It was but a single cry, and behold! They were destroyed (like fire burnt down).

30. Alas for the men (lit. servants), not a single Messenger came to them but they mocked at him.

31. Have they not considered how many generations before them We have destroyed, (and) that they do not return to them?

32. And all of them shall be brought before Us.

33. And a sign for them is the dead land, which We give life to it, and from which We bring forth grains, then they eat of it.

34. And We have made therein gardens of date-palms and grapes, and We have caused springs to gush forth therein.

35. In order that they may eat the fruits thereof, and their hands have not made it. Will they not give thanks then?

36. Glory be to Him who created pairs of all things, of what the earth grows, and of themselves and of things of which they have no knowledge.

37. And a sign for them is the night, We withdraw the day from it, and behold! They are in darkness.

38. And the sun runs on to its appointed place. This is the measurement of the All-Mighty, the All-Knowing.

39. And as for the moon, We have measured for it stages until it returns to its shape like an old dried branch of a palm-tree (date stalk).

40. It is not permitted to the sun to overtake the moon, nor can the night outstrip the day, but each in its own orbit floating.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi