j22h441-Surah Yasin

Halaman 441

Tarjuman
Bahasa Melayu

13. Dan buatlah suatu perumpamaan kepada mereka mengenai kisah penduduk sebuah bandar (Antakiyah) iaitu ketika mereka didatangi rasul-rasul (Kami).

14. Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang rasul, lalu mereka mendustakannya kemudian Kami kuatkan (kedua-dua rasul itu) dengan rasul yang ketiga, lalu rasul-rasul itu berkata, “Sesungguhnya kami ini adalah diutus kepada kamu.”

15. Penduduk bandar itu menjawab, “Kamu ini tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga, dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatu pun (tentang agama yang kamu dakwakan). Kamu ini tidak lain hanyalah berdusta.”

16. Mereka (para rasul) berkata, “Tuhan kami mengetahui bahawa sesungguhnya kami adalah rasul-rasul yang diutus kepada kamu.”

17. “Dan tugas kami hanyalah menyampaikan perintah-perintah-Nya dengan jelas.”

18. Penduduk bandar itu berkata pula, “Sesungguhnya kami bernasib malang dengan sebab kamu. Sesungguhnya kalau kamu tidak berhenti (daripada menjalankan tugas yang kamu katakan itu), tentulah kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai daripada pihak kami seksa yang pedih.”

19. Rasul-rasul itu menjawab, “Malangnya kamu itu adalah disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu diberi peringatan dan nasihat pengajaran (maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu)? Bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas.”

20. Dan (semasa rasul-rasul itu diancam), tiba-tiba datang seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan tergesa-gesa, lalu memberi nasihat dengan katanya, “Wahai kaumku! Turutlah rasul-rasul itu.”

21. “Turutlah orang yang tidak meminta kepada kamu sebarang upah, sedangkan mereka adalah orang yang mendapat hidayah.”

22. “Dan mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan aku dan kepada-Nya (aku dan) kamu semua akan dikembalikan?”

23. “Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain daripada Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah Yang Maha Pemurah hendak menimpakan aku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberi sebarang syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan aku.”

24. “Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.”

25. “Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah (nasihat)ku.”

26. (Setelah dia mati) lalu dikatakan kepadanya (lelaki yang memberi nasihat itu), “Masuklah ke dalam syurga.” Dia berkata, “Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui.”

27. “Tentang perkara yang menyebabkan aku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikan-Nya aku daripada orang yang dimuliakan.”

English

13. And set forth to them the parable of the companions of the town, when the Messengers came to them.

14. When we sent to them two of them, they rejected them, then We strengthened (them) with a third, and they said: “Surely we are Messengers to you.”

15. They (the Messenger) said: “You are nothing but men like ourselves and the Most Gracious has not sent down anything. You are all liars.”

16. They replied: “Our Lord knows that we are most surely sent to you.

17. And our duty is but to deliver the clear message.”

18. They (people) said: “Surely we see an evil omen from you, therefore if you do not desist, we will stone you (to death), and there will befall you from us a painful torment.”

19. They (the Messenger) said: “Your evil omen is with you, is it because you are reminded? Nay, you are unrestrained people.”

20. And a man came to them running from the far end of the town, he said: “O my people, follow the Messengers.

21. Follow those who ask you not for any reward, and they are rightly guided.

22. And why should not I worship Him who created me, and to Him you shall be brought back?

23. Shall I take besides Him gods whose intercession? If the Most Gracious wishes to hurt me, nothing will avail me, nor can they save me?

24. Then verily, I should be in clear error.

25. Surely I believe in your Lord, therefore listen to me.”

26. It was said to him: “Enter the Garden.” He said: “I wish my people knew,

27. How my Lord has forgiven me, and made me one of the honoured ones!”

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi