Surah Taha-j16h320

Halaman 320

Tarjuman
Bahasa Melayu

114. Maka Maha Tinggi Allah, Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar. Janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu dan berdoalah dengan berkata, “Wahai Tuhanku, tambahkanlah bagiku ilmu.”

115. Dan sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada (Nabi) Adam pada masa yang lalu, tetapi dia lupa dan Kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh.

116. Dan semasa Kami berfirman kepada malaikat, “Sujudlah kamu kepada Adam,” lalu mereka sujud, melainkan iblis, dia enggan sujud.

117. Maka, Kami berfirman, “Wahai Adam, sesungguhnya iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu. Oleh itu, janganlah dia menyebabkan kamu berdua keluar dari syurga, kerana dengan yang demikian engkau akan menderita.”

118. “Sesungguhnya telah dikurniakan pelbagai nikmat bagimu, bahawa engkau tidak akan lapar di dalam syurga itu dan tidak akan bertelanjang,”

119. “Dan sesungguhnya engkau juga tidak akan dahaga di dalam syurga itu dan tidak akan merasa panas matahari.”

120. Setelah itu maka syaitan membisikkan kepadanya dengan berkata, “Wahai Adam, mahukah aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan kamu hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?”

121. Kemudian mereka berdua memakan daripada pohon itu, lalu terdedahlah aurat masing-masing dan mereka menutupnya dengan daun-daun daripada syurga, dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersilaplah dia.

122. Kemudian Tuhan memilihnya (dengan diberi taufik untuk bertaubat), lalu Allah menerima taubatnya serta diberi petunjuk.

123. Allah berfirman, “Turunlah kamu berdua dari syurga itu bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain, kemudian jika datang kepada kamu petunjuk daripada-Ku, maka sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku itu, nescaya dia tidak akan sesat dan dia pula tidak akan menderita azab sengsara,”

124. “Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.”

125. Dia berkata, “Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?”

English

114. But high above all is Allah, the King, the Truth. And hasten not (O Muhammad) the Qur’an before its revelation is completed unto you, and say: “My Lord! Increase me in knowledge.” 

115. And most surely We commanded Adam before, but he forgot (it), and We did not find him strong in determination.

116. And (remember) when We said to the angels, “Prostrate to Adam,” they prostrated except Iblis, he refused. 

117. So We said: “O Adam! Surely this is an enemy to you and to your wife. Then let him not drive you both out of the Garden, then you will be unhappy. 

118. Surely the advantage to you therein (the Garden) is that you shall not feel hunger, nor shall be naked. 

119. And that you shall not be thirsty therein, nor shall you be exposed to the sun.” 

120. But Satan whispered to him, he said: “O Adam! Shall I show you the imperishable tree and a kingdom which never fades?” 

121. Then both of them ate of it, therefore their private parts became apparent to them, and they began to cover themselves with the leaves of the Garden. And Adam disobeyed his Lord, therefore he went astray. 

122. Then his Lord chose him, and He forgave and guided (him). 

123. He said: “Go down both of you, together, from paradise some of you are the enemies of others. But when a guidance comes to you from Me, he then who follows My Guidance, will neither go astray nor be unhappy. 

124. And he who turns aside from My reminder, has surely then a life of hardship. And We will raise him up blind on the Day of Resurrection.” 

125. He will say: “My Lord. Why have You raised me up blind while I used to be a seeing one?” 

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi