Halaman 318
Tarjuman
Bahasa Melayu
88. Kemudian Samiri mengeluarkan untuk mereka daripada leburan barang-barang itu (patung) seekor anak lembu yang bertubuh lagi bersuara, lalu mereka berkata, “Ini tuhan kamu dan tuhan bagi Musa, tetapi Musa telah lupa!”
89. Patutkah mereka tidak berfikir sehingga mereka tidak nampak bahawa patung itu tidak dapat menjawab perkataan mereka dan tidak berkuasa mendatangkan bahaya atau memberi manfaat kepada mereka?
90. Dan sesungguhnya, (Nabi) Harun telah pun berkata kepada mereka sebelum itu, “Wahai kaumku, sesungguhnya kamu hanya diperdayakan dengan patung itu dan sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang Maha Pemurah. Oleh itu, ikutlah aku dan taatlah akan perintahku.”
91. Mereka berkata, “Kami tidak sekali-kali akan meninggalkan penyembahan patung ini, kami akan tetap menyembahnya hingga (Nabi) Musa kembali kepada kami.”
92. (Nabi Musa) berkata, “Wahai Harun, apakah yang menghalangmu ketika engkau melihat mereka sesat?”
93. “Daripada menurutku? Adakah engkau ingkar akan suruhanku?”
94. (Nabi Harun) menjawab, “Wahai anak ibuku! Janganlah engkau memegang janggutku dan kepalaku. Sesungguhnya aku takut bahawa engkau akan berkata kepadaku, ‘Engkau telah memecahbelahkan kaum Bani Israel sesama sendiri dan engkau tidak memelihara amanatku.”
95. (Nabi Musa) berkata, “Apa pula halmu, wahai Samiri?”
96. Dia (Samiri) menjawab, “Aku mengetahui dan menyedari apa yang tidak diketahui oleh mereka, lalu aku mengambil segenggam daripada kesan jejak rasul itu, kemudian aku mencampakkannya dan demikianlah aku dihasut oleh hawa nafsuku.”
97. (Nabi Musa) berkata (kepada Samiri), “Pergilah kamu, kerana sesungguhnya telah ditetapkan bagimu dalam kehidupan dunia ini mengatakan, ‘Janganlah menyentuhku’ dan sesungguhnya telah dijanjikan lagi untukmu satu balasan akhirat yang engkau tidak sekali-kali akan terlepas daripadanya. Dan lihatlah kepada Tuhanmu yang engkau sekian lama menyembahnya, sesungguhnya kami akan membakarnya kemudian kami akan menghancur dan menaburkan serbuknya di laut sehingga hilang lenyap.”
98. “Sesungguhnya Tuhan kamu hanya Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang meliputi pengetahuan-Nya akan setiap sesuatu.”
English
88. Then he (the Samiri) brought forth to them a calf, a mere body with a hollow sound. So they said: “This is your god and the god of Musa, but he has forgotten it.”
89. Did they not see then that it could not return to them a single word, and it had no power to do them any hurt or any good?
90. And surely Harun had told them before: “O my people! you have fallen into a calamity because of it and surely your Lord is the Most Gracious. Therefore follow me and obey my command.”
91. They replied: “We will not stop sitting round it (in worship) till Musa comes back to us.”
92. He said: “O Harun, what prevented you when you saw them go astray,
93. From following me? Did you then disobey my command?”
94. He replied: “O son of my mother! Seize me not by my beard nor by my head. Surely I was afraid lest you should say: ‘You have caused a split among the Children of Isra’il, and did not followed what I said.’”
95. (Musa) said: “What is the matter with you, O Samiri?”
96. He replied: “I saw what they could not see, so I took a handful (of the dust) from the footsteps of the Messenger, and threw it (into the calf). Thus did my soul commend to me.”
97. (Musa) said: “Then go, because surely your (punishment) in this life shall be to say: ‘Touch me not’ (you will live alone in exile). And surely there is an appointment for you which will not fail you. And look at your god, to which you have been devoted. We will certainly burn it, and then we will surely scatter its dust in the sea.”
98. Allah is your only God there is no god but He. He comprehends all things in (His) Knowledge.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

