Surah Taha-j16h316

Halaman 316

Tarjuman
Bahasa Melayu

65. Mereka berkata, “Wahai Musa! Engkaukah yang akan melemparkan dahulu atau kami?”

66. (Nabi) Musa menjawab, “Bahkan kamulah dahulu.” Tiba-tiba, tali dan tongkat-tongkat mereka bergerak seolah-olah merayap-rayap berjalan disebabkan sihir mereka.

67. Maka yang demikian menjadikan (Nabi) Musa berasa takut sedikit dalam hatinya.

68. Kami berfirman kepadanya, “Janganlah engkau takut. Sesungguhnya engkaulah yang mengatasi mereka dengan kemenangan.”

69. “Dan lemparkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir sedangkan ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada.”

70. (Nabi Musa pun melemparkan tongkatnya dan terus menelan segala sihir mereka), maka keadaan yang demikian menjadikan ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri sujud sambil berkata, “Kami beriman kepada Tuhan yang mengutus (Nabi) Harun dan Musa.”

71. (Firaun) berkata, “Patutkah kamu beriman kepada Musa sebelum aku memberi izin kepada kamu? Sesungguhnya dia adalah ketua kamu yang mengajar sihir kepada kamu. Oleh itu, sesungguhnya aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang dan aku akan menyalib kamu pada batang-batang pohon tamar dan sesungguhnya kamu akan mengetahui siapakah antara kita yang lebih keras azab seksanya dan lebih kekal.”

72. Mereka menjawab, “Kami sekali-kali tidak akan mengutamakan engkau daripada apa yang telah datang kepada kami daripada bukti-bukti yang nyata dan daripada Tuhan yang telah menjadikan kita semua. Oleh itu, hukumlah apa sahaja yang engkau hendak hukumkan, kerana sesungguhnya engkau hanya dapat menghukum dalam kehidupan dunia sahaja.”

73. “Sesungguhnya kami telah beriman kepada Tuhan kami, supaya diampunkan Nya kesalahan-kesalahan kami dan dosa-dosa sihir yang engkau paksa kami melakukannya. Allah jugalah yang lebih baik dan lebih kekal balasan pahala-Nya.”

74. “Sebenarnya sesiapa yang datang kepada Tuhannya pada hari akhirat dalam keadaan berdosa, maka baginya Neraka Jahanam. Dia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup.”

75. “Dan sesiapa yang datang kepada-Nya dalam keadaan beriman dan dia telah mengerjakan amal-amal yang soleh, maka mereka itu akan beroleh tempat-tempat tinggal yang tinggi darjatnya,”

76. “laitu syurga-syurga yang kekal, yang mengalir padanya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya. Itulah balasan orang yang membersihkan dirinya daripada perbuatan kufur dan maksiat.”

English

65. (The sorcerers) said: “O Musa! Will you throw or shall we be the first to throw?” 

66. (Musa) said: “Indeed! You throw (first).” Then when they did so, their ropes and their rods appeared to him, by means of their magic, to be surely moving. 

67. Then Musa felt a fear in himself. 

68. We said: “Fear not, surely you have the upper hand. 

69. And throw down what is in your right hand, it will swallow up what they have done. They have merely done the trick of a sorcerer, and the sorcerer never succeeds wherever he may go.” 

70. Then the sorcerers fell down prostrate, they said: “We believe in the Lord of Harun and Musa.” 

71. (Pharaoh) said: “(Do) you believe in him before I give you permission? Most surely he is your chief who has taught you sorcery. Therefore I will cut off your hands and your feet on the opposite sides, and I will crucify you on the trunk of a date tree, and surely you will know which of us can inflict the more severe and the more lasting punishment.” 

72. They said: “We will certainly not prefer you to what has come to us of clear proofs, nor over Him who originated us. So do whatever you decree. You can only decree in the life of this world. 

73. Surely we believe in our Lord, that He may forgive our sins and the sorcery to which you forced us. And Allah is the Best and Most Lasting.” 

74. Surely he who comes to his Lord as a sinner, then surely for him there is Hell, he shall neither die therein nor live. 

75. And he who comes to Him as a believer, having done righteous deeds, for such are the high ranks.

76. Gardens of Bliss, rivers flowing beneath them, abiding therein. And this is the reward of him who purifies (himself).

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi