Surah Taha-j16h314

Halaman 314

Tarjuman
Bahasa Melayu

38. “Ketika Kami ilhamkan kepada ibumu dengan memberitahu kepadanya.”

39. “Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, agar diambil oleh musuh-Ku dan musuhnya, dan Aku telah tanamkan perasaan kasih sayang daripada-Ku terhadapmu dan agar engkau dipelihara dengan pengawasan-Ku.”

40. Ketika saudara perempuanmu pergi mencarimu lalu berkata kepada orang yang mengambilmu, “Mahukah aku tunjukkan kamu kepada orang yang boleh memeliharanya?” Maka dengan jalan itu, Kami mengembalikan kamu kepada ibumu supaya tenang hatinya dan supaya dia tidak berdukacita kerana berpisah denganmu, dan engkau pernah membunuh seorang lelaki, lalu Kami selamatkan engkau daripada kesusahan pembunuhan itu dan Kami telah melepaskan engkau berkali-kali daripada pelbagai cubaan kemudian engkau tinggal dengan selamat beberapa tahun dalam kalangan penduduk negeri Madyan. Setelah itu, engkau sekarang datang dari sana pada masa yang telah ditentukan, wahai Musa,

41. “Dan Aku telah memilihmu untuk menjadi Rasul-Ku.”

42. “Pergilah, engkau dan saudaramu membawa ayat-ayat-Ku dan janganlah kamu berdua lemah dan cuai dalam menyebut serta mengingati-Ku.”

43. “Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas.”

44. “Berbicaralah kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga dia beringat atau takut (kepada Allah dan insaf).”

45. Mereka berdua berkata, “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami takut bahawa dia akan segera menyeksa kami atau dia akan melampaui batas.”

46. Allah berfirman, “Janganlah kamu takut, sesungguhnya Aku ada bersama-sama kamu. Aku mendengar dan melihat segala-galanya.”

47. Oleh itu, pergilah kamu berdua kepadanya, kemudian katakanlah, “Bahawa sesungguhnya kami ini rasul-rasul daripada Tuhanmu, maka bebaskanlah kaum Bani Israel mengikut kami dan janganlah engkau menyeksa mereka. Sesungguhnya kami telah datang kepadamu membawa satu bukti daripada Tuhanmu! Dan kesejahteraan itu dilimpahkan kepada orang yang menurut petunjuk Allah.”

48. “Sesungguhnya telah diwahyukan kepada kami bahawa azab di dunia dan di akhirat ditimpakan kepada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling daripadanya.”

49. (Firaun) berkata, “Jika demikian, siapakah Tuhan kamu berdua, wahai Musa?”

50. (Nabi Musa) menjawab, “Tuhan kami yang telah memberikan kepada setiap sesuatu bentuk kejadian yang sesuai dengannya, kemudian Dia memberinya petunjuk (fitrah kehidupannya).”

51. (Firaun) bertanya lagi, “Jika demikian, bagaimana pula keadaan kaum-kaum yang telah lalu?”

English

38. When We inspired your mother with what was ordered,

39. Saying: ‘Put him in a box, then put the box in the river, so that the river may throw him up on the shore. Then an enemy to Me and (who is) an enemy to him will take him up.’ And I showered you with love from Me, and so that you may be brought up before My eyes. 

40. When your sister walked along and said: ‘Shall I point out to you someone who will take charge of him?’ Then We brought you back to your mother, so that she might cheer her eyes and that she might not grieve. And you did kill a man, then We saved you from sorrow. And We tried you with a thorough trial then you stayed a number of years among the inhabitants of Madyan. Then you have come (here) according to an ordinance, O Musa! 

41. And I have selected you for Myself. 

42. Go you and your brother with My signs, and be not negligent in remembering Me. 

43. Go both of you to Pharaoh, surely he has exceeded the limits. 

44. Then speak to him a gentle speech, perhaps he may take heed, or he may fear.” 

45. They said: “Our Lord! We surely fear lest he may be aggressive against us, or he may transgress (against You).” 

46. He said: “Do not be afraid, surely I am with you both, I hear and I see.

47. Therefore go both of you to him, then say: ‘Surely we are the Messengers of your Lord, therefore let the Children of Isra’il go with us, and do not afflict them, we have indeed come to you with a sign from your Lord. And peace be upon him who follows the guidance. 

48. Surely it has been revealed to us that the torment will come upon him who rejects and turns away.’ “

49. (Pharaoh) said: “ Who then is the Lord of you both, O Musa?”

50. (Musa) said: “Our Lord is He who gave everything its creation then guided (it along).” 

51. (Pharaoh) said: “Then what about the former generations?”

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
STEM-Q