Halaman 457
Tarjuman
Bahasa Melayu
62. Dan penduduk neraka itu akan bertanya sesama sendiri, “Mengapa kita tidak melihat orang yang dahulu kita anggap mereka sebagai orang jahat?”
63. “Adakah kita sengaja menjadikan mereka bahan ejekan (sedangkan mereka orang yang benar)? Atau mata kita tidak dapat melihat mereka?”
64. Sesungguhnya (segala yang diterangkan) itu adalah benar iaitu perbalahan dan cercaan penduduk neraka sesama sendiri.
65. Katakanlah (wahai Muhammad), “Sesungguhnya aku hanyalah seorang rasul pemberi peringatan. Tidak ada sama sekali tuhan yang sebenar melainkan Allah Yang Maha Esa, lagi Yang kekuasaan-Nya mengatasi segala-galanya,”
66. “Tuhan (yang mencipta mentadbir) langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, Yang Maha Perkasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni (dosa hamba-hamba-Nya).”
67. Katakanlah lagi, “Apa yang aku terangkan itu (tentang keesaan Allah dan kebenaran kerasulanku) adalah berita penting yang amat besar.
68. “Yang kamu berpaling daripadanya.”
69. “Aku tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang penduduk alam yang tinggi (malaikat), semasa mereka bersoal jawab (mengenai Nabi Adam).”
70. “Tiadalah diwahyukan kepadaku melainkan kerana sesungguhnya aku seorang rasul pemberi peringatan yang nyata (bukan seorang pendusta, atau ahli sihir, atau seorang gila).”
71. (Ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, “Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia (Adam) daripada tanah.”
72. “Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh daripada (ciptaan)-Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya (sebagai penghormatan).”
73. (Setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat semuanya,
74. Melainkan iblis. Dia bersikap sombong (mengingkarinya) serta dia menjadi daripada golongan yang kafir.
75. Allah berfirman, “Wahai iblis! Apa yang menghalangmu daripada turut sujud kepada (Adam) yang Aku telah ciptakan dengan kekuasaan-Ku? Adakah engkau bersikap sombong, atau engkau daripada golongan yang tertinggi (sehingga menjadi takbur)?”
76. Iblis menjawab, “Aku lebih baik daripadanya. Engkau (wahai Tuhanku) menciptakan aku daripada api, sedangkan Engkau menciptakannya daripada tanah.”
77. Allah berfirman, “Kalau demikian, keluarlah engkau dari syurga, kerana sesungguhnya engkau adalah makhluk yang direjam.”
78. “Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat-Ku terus menerus hingga ke hari kiamat.”
79. Iblis berkata, “Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat).”
80. Allah berfirman, “Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau termasuk daripada golongan yang diberi penangguhan,”
81. “Hingga ke hari yang ditentukan waktunya.”
82. Iblis berkata, “Demi kekuasaan-Mu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya,”
83. “Kecuali hamba-hamba-Mu dalam kalangan zuriat-zuriat Adam yang ikhlas (iaitu yang diberi petunjuk untuk mentaati Allah dan Rasul-Nya).”
English
62. And they will say: “What is the matter with us that we see not men whom we used to count as being among the evil (ones)?
63. Was it that we took them as an object of mockery, or is it that (our) eyes failed to perceive them?”
64. Most surely that is the very truth, the mutual dispute of the people of the Fire.
65. Say. “I am but a warner, and there is no god except Allah, the One, the Dominant:
66. The Lord of the heavens and the earth and what is between them, the All-Mighty, the Forgiving.”
67. Say. “It (al-Quran) is a great news.
68. From which you are turning away.
69. I have no knowledge about those the exalted chiefs when they discuss with one another.
70. Nothing is revealed to me except that I am a clear warner.”
71. (Remember) when your Lord said to the angels: “Surely I am going to create man from clay.
72. So when I have formed him into a complete shape, and I have breathed into him of My soul, then fall down prostrating to him.”
73. Then the angels prostrated all of them together.
74. Except Iblis. He was proud, and was one of the disbelievers.
75. He said: “O Iblis, what prevented you from prostrating to what I have created with My two hands? Are you too proud, or are you of the exalted?”
76. He replied: “I am better than he, You created me from fire, and You created him from clay.”
77. He said: “Then get out of it (this paradise), for you are surely rejected.
78. And surely upon you be My curse till the Day of the Judgment.”
79. He said: “My Lord! Then give me respite till the Day when they are raised up.”
80. (Allah) said: “You are certainly of those who are given respite.
81. Till the Day of the Time appointed.”
82. He said: “Then by Your Might, I will surely deviate them all,
83. Except those of them who are exclusively your (faithful) servants.”
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

