Surah Sad-j23h456

Halaman 456

Tarjuman
Bahasa Melayu

43. Kami kurniakan (lagi) kepadanya keluarganya, dengan sekali ganda ramainya, sebagai satu rahmat daripada Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang yang berakal sempurna (supaya mereka juga bersikap sabar semasa ditimpa bencana).

44. Dan (Kami perintahkan lagi kepadanya), “Ambillah dengan tanganmu seikat jerami kemudian pukullah (isterimu) dengannya dan janganlah engkau merosakkan sumpahmu itu.” Sesungguhnya Kami mendapati (Nabi Ayub) itu seorang yang sabar. Dia adalah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia sentiasa taat (kepada Kami dengan ibadahnya).

45. Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba-hamba Kami (Nabi-nabi), Ibrahim, Ishaq dan Ya’qub, yang mempunyai kekuatan (dalam melaksanakan ibadah) dan pandangan yang mendalam (dalam memahami agamanya).

46. Sesungguhnya Kami telah menyucikan mereka dengan satu sifat mereka yang murni, iaitu sifat sentiasa mengingati negeri akhirat.

47. Dan sesungguhnya mereka di sisi Kami adalah daripada orang pilihan yang terbaik.

48. Dan (ingatkanlah peristiwa Nabi-nabi) Ismail, Ilyasa’ dan Zulkifli dan mereka masing-masing adalah daripada sebaik-baik manusia yang terpilih.

49. (Segala sifat-sifat yang mulia) ini, adalah menjadi penghormatan (bagi mereka). Sesungguhnya bagi orang yang bertakwa, disediakan tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak),

50. laitu Syurga-syurga ‘Adn yang terbuka pintu-pintunya untuk mereka.

51. (Mereka akan bersuka ria) dalam syurga itu sambil berbaring (di atas pelamin). Di situ, mereka meminta buah-buahan dan minuman yang pelbagai jenis.

52. Di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang tidak liar pandangan mata lagi yang sebaya umurnya.

53. Inilah balasan yang dijanjikan kepada kamu setelah selesai hitungan amal.

54. Sesungguhnya ini adalah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis.

55. Nikmat-nikmat ini (adalah untuk orang yang bertakwa). Sesungguhnya bagi orang yang zalim (dengan kekufuran atau kederhakaannya) seburuk-buruk tempat kembali,

56. laitu Neraka Jahanam yang mereka akan masuk ke dalamnya. Maka seburuk-buruk tempat menetap ialah Neraka Jahanam.

57. Inilah (satu bentuk azab), maka biarlah mereka merasainya, air yang sangat panas dan air danur yang meleleh (untuk minuman mereka).

58. Dan azab yang lain, yang serupa buruknya dan dahsyatnya adalah pelbagai jenis lagi.

59. (Penjaga neraka berkata kepada ketua-ketua golongan kafir dan penderhaka itu), “Ini ialah serombongan (orang kamu) yang masuk berasak-asak bersama-sama kamu.” (Ketua-ketua itu berkata), “Mereka tidak perlu dialu-alukan, kerana sesungguhnya mereka pun akan masuk ke neraka.”

60. Pengikut-pengikut mereka menjawab, “Bahkan kamulah yang tidak perlu dialu-alukan, kerana kamulah yang menyebabkan azab ini kepada kami, maka amatlah buruknya neraka ini sebagai tempat penginapan.”

61. Mereka berkata lagi, “Wahai Tuhan kami! Sesiapa yang menyebabkan azab ini kepada kami, maka tambahkanlah azab kepadanya berlipat ganda di dalam neraka.”

English

43. And We gave to him (back) his family, and the like of them with them, as a mercy from Us, and as a Reminder for those who are endowed with understanding.

44. “And take in your hand a bundle of thin grass and strike therewith, and do not break your oath.” Surely We found him patient. What an excellent servant! Surely he was often returning (to Allah).

45. And remember Our servants Ibrahim, and Ishaq, and Ya‘qub, all owners of strenght (in worshipping) and (religious) vision.

46. Surely We chose them for a special purpose to remind people of the abode.

47. And most surely they are with Us of the elected (chosen), the best.

48. And remember Ismaill, and Al-Yasa‘a, and Dhu al-Kifl; and they were all of the best.

49. This is a reminder and most surely for the pious, there is an excellent place to return to.

50. Gardens of Bliss, whereof the gates are open for them,

51. Reclining therein, they call for many fruits, and drink therein,

52. And they shall have beauties (angles/wives) restraining their glances, (and) of equal ages.

53. (And it shall be said): “This was what you were promised for the Day of Reckoning.

54. Most surely this is Our provision which will never finish.”

55. This is so (certain). But most surely for the transgressors there is an evil place to return to.

56. Hell. They shall enter it, an evil accommodation ts that.

57. This is (certain). So let them taste it, boiling fluid and dirty wound discharge.

58. And various kinds of other (torments) of the same nature.

59. This is an army rushing along with you (in hell) there is no welcome for them, surely they will be roasting in the Fire.

60. They (the others) will say: “No, you (too)! No welcome for you. You prepared it for us, so it will be an evil place to stay in.”

61. They will say: “Our Lord! whoever prepared it for us, then increase him in torment,double in the Fire.”

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi