Surah Sad-j23h455

Halaman 455

Tarjuman
Bahasa Melayu

27. Dan Kami tidaklah mencipta langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan yang tidak mengandungi hikmah dan keadilan. Yang demikian adalah sangkaan orang yang kafir. Maka kecelakaanlah bagi orang yang kafir itu lantaran azab neraka.

28. Patutkah Kami menjadikan orang yang beriman dan beramal soleh itu sama seperti orang yang melakukan kerosakan di muka bumi? Atau patutkah Kami menjadikan orang yang bertakwa sama seperti orang yang berdosa?

29. (Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), Kitab yang penuh keberkatan untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.

30. Dan Kami telah kurniakan kepada (Nabi) Daud (seorang anak bernama) Sulaiman. Dia adalah sebaik-baik hamba (yang kuat beribadah), lagi sentiasa bertaubat.

31. (Ingatkanlah peristiwa) ketika (Nabi) Sulaiman ditunjukkan kepadanya pada suatu petang, satu kumpulan kuda yang tenang semasa berdiri, lagi yang tangkas semasa berlari.

32. (Kerana lekanya dengan pertunjukan itu) maka Sulaiman berkata, “Sesungguhnya aku telah mengutamakan kesukaanku kepada (kuda pembawa kebaikan) lebih daripada mengingati Tuhanku, sehingga tertutuplah (matahari) daripada pandangan mata (terbenam).”

33. (Kemudian Sulaiman berkata kepada orangnya), “Bawa balik kuda-kuda itu kepadaku,” maka dia pun tampil memenggal betis dan leher kuda itu (menyembelihnya seekor demi seekor).

34. Dan sesungguhnya Kami telah menguji Sulaiman (dengan satu kejadian), dan Kami dudukkan di atas takhta kebesarannya suatu susuk jasad (daripada kalangan jin) kemudian dia kembali (mendapatkan kembali kekuasaannya).

35. Dia berkata, “Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapa pun kemudian daripadaku. Sesungguhnya Engkau-lah yang sentiasa Melimpah kurniaan-Nya.”

36. Maka (Kami kabulkan permohonannya, lalu) Kami memudahkan baginya menggunakan angin yang bertiup lembut menurut menur kemahuannya, ke arah mana sahaja yang hendak ditujunya.

37. Dan (Kami memudahkan baginya memerintah) syaitan-syaitan yang kesemuanya pandai mendirikan bangunan dan penyelam (di dalam laut bagi mendapatkan mutiara).

38. Dan syaitan-syaitan yang lain dipasung dalam rantai-rantai besi.

39. (Serta Kami katakan kepadanya) “Inilah pemberian Kami (kepadamu), maka berikanlah (kepada sesiapa yang engkau suka), atau tahankanlah pemberian itu (terserahlah kepadamu) dengan tidak ada sebarang hitungan (untuk menyalahkanmu).”

40. Dan sesungguhnya dia mempunyai kedudukan yang tinggi lagi mulia di sisi Kami, serta tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak).

41. Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami (Nabi) Ayub ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata, “Sesungguhnya aku diganggu oleh syaitan dengan kepayahan dan seksaan (penyakit).”

42. (Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya), “Hentakkanlah kakimu (ke bumi).” (Setelah dia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya), “Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu).”

English

27. And We have not created the heaven and the earth and what is between them in vain. This is the opinion of those who disbelieve. Then woe be to those who disbelieve, from the Fire.

28. Shall We treat those who believe and do righteous deeds like those who do evil on the earth? Or shall We treat the pious like the impious?

29. (This is) a Book which We have sent down to you, full of blessings, that they may ponder over its verses, and that those who are endowed with understanding may remember.

30. And to Dawud We gave Sulayman, what an excellent servant he is, surely he was ever turning (in repentance to Allah).

31. When there were brought before him, in the afternoon, picked, fast-running coursers (well-trained horses of the highest breed).

32. Then he said: “Surely I have loved the love of the good things better than the Remembrance of my Lord,” until they disappeared behind the veil (of night).

33. (He said): “Bring them (horses) back to me,” then he began to rub their legs and their necks.

34. And We certainly tried Sulayman, and We placed upon his throne a (mere) body, then he turned (to Allah) wiith obedience and in repentance.

35. “He said: “My Lord! Forgive me, and grant me a kingdom which does not belong to anyone after me. Surely You are the Great Bestower.”

36. Therefore We subjected to him the wind, which blew smoothly at his command wherever he sent (it).

37. And the Evil Ones, every builder and diver.

38. And others fettered in chains.

39. “This is Our gift, so bestow or withhold, without reckoning.”

40. And most surely he has a position of nearness with Us, and an excellent place to return to.

41. And remember Our servant Ayyub. When he called to his Lord: “Surely the Evil One has afflicted me with distress and torment.”

42. (Allah said to him): “Strike the ground with your foot. here is a cool bathing-place, and a (refreshing) drink.”

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi