Surah Saba’-j22h429

Halaman 429

Tarjuman
Bahasa Melayu

8. “Adakah dia berdusta terhadap Allah, atau dia kena penyakit gila?” (Lalu Allah berfirman menjawab tuduhan mereka), “Tidak, tetapi orang yang tidak beriman kepada hari akhirat berada dalam azab dan (di sini) berada dalam kesesatan yang jauh.”

9. Apakah mereka tidak melihat langit dan bumi yang ada di hadapan mereka dan yang ada di belakang mereka? Jika Kami kehendaki, nescaya Kami membenamkan mereka di bumi, atau Kami menggugurkan ke atas mereka gumpalan dan serpihan dari langit (yang akan membinasakan mereka). Sesungguhnya yang demikian itu benar-benar mengandungi satu tanda (yang memberi keinsafan) bagi setiap hamba Allah yang mahu kembali kepada-Nya (dengan taat dan berbakti).

10. Dan sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepada (Nabi) Daud limpah kurniaan daripada Kami (sambil Kami berfirman), “Wahai gunung-ganang dan burung-burung, bertasbihlah berulang-ulang kali bersama-sama dengan Daud,” dan Kami juga telah (memberi kelebihan) melembutkan besi untuknya.

11. (Serta Kami wahyukan kepadanya), “Buatlah baju-baju besi yang luas labuh dan ukurlah jalinannya serta kerjakanlah kamu (wahai Daud dan umatmu) amalan yang soleh. Sesungguhnya Aku Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan.”

12. Dan Kami kurniakan kepada (Nabi) Sulaiman kebolehan menggunakan angin (untuk perjalanannya) yang perjalanannya pada waktu pagi adalah menyamai perjalanan (biasa) sebulan, dan perjalanannya pada petang adalah menyamai perjalanan (biasa) sebulan. Kami juga mengalirkan baginya cairan tembaga dan (Kami menundukkan) sebahagian daripada jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya. Dan sesiapa daripada jin itu yang menyeleweng daripada perintah Kami, Kami akan merasakannya azab api neraka yang menyala-nyala.

13. Golongan jin itu membuat untuk (Nabi) Sulaiman apa yang dia kehendakinya seperti bangunan-bangunan yang tinggi, arca-arca, pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam dan periuk-periuk besar yang tetap di atas tungkunya. (Setelah itu Kami perintahkan), “Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!” Dan sememangnya sedikit sekali dalam kalangan hamba-hamba-Ku yang bersyukur.

14. Setelah Kami menetapkan berlakunya kewafatan (Nabi) Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka tentang kewafatannya melainkan anai-anai yang telah memakan tongkatnya. Maka apabila dia telah tersungkur, ternyatalah kepada golongan jin itu bahawa kalaulah mereka mengetahui perkara yang ghaib, nescaya mereka tidak tinggal sedemikian lamanya di dalam azab (kerja berat) yang menghina.

English

8. “Has he (Muhammad) forged a lie against Allah, or is he afflicted with madness?” Nay, but those who do not believe in the Hereatter, are in (real) torment, and in far error.

9. Do they not see, then, what is before them and what is behind them, of the heaven and the earth? If We will, We may cause the earth to swallow them, or throw down upon them a piece from the sky. Surely there is a sign in this for every servant turning to (Allah).

10. And surely We gave Dawud grace from Ourselves. (We said): “O mountains! “(Sing praises-glorify) with him, and you the birds (too).” And We made the iron soft for his use.

11. Saying: “Manufacture broad coats of arms, and keep due proportion in their chains, and do good. Surely I see all what you do.”

12. And to Sulayman We gave the (use of) the wind, it blew in the morning for a month, and it blew in the afternoon for a month. And We caused to flow for him fountains of (molten) brass. And (We gave him) Jinns who worked before him by the command of his Lord. And whoever of them deviated from Our command, We caused him to taste the torment of the Burning Fire.

13. They made for him what he desired (making) of chambers and statues and bowls like water-troughs and cooking-pots that stood firmly on their stoves; (and We said): “Work, O family of Dawud! In thankfulness.” And few of My servants are thankful.

14. Then when We decreed death for him, nothing pointed out to them of his deadth, but a creature of the earth that ate away his stick, when he fell down, the Jinns realised that had they known the unseen, they would not have tarried in that humiliating torment.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
STEM-Q