Halaman 519
Tarjuman
Bahasa Melayu
16. Sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dan Kami mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedangkan (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.
17. Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya, yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya.
18. Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat yang sentiasa sedia (mencatatnya).
19. (Apabila sampai ajal seseorang) datanglah sakaratulmaut membawa kebenaran yang telah dijanjikan, (serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu), “Inilah perkara yang engkau selalu mengelak daripadanya!”
20. Dan (apabila sampai saat yang ditentukan) ditiupkan sangkakala (untuk menghidupkan semula makhluk-makhluk yang telah mati). Saat itulah hari berlakunya amaran yang telah diberikan.
21. (Setelah itu) datanglah setiap orang (ke Padang Mahsyar), disertai (dua malaikat, yang satu menjadi) pengiring dan (yang satu lagi menjadi) saksi.
22. (Serta dikatakan kepadanya), “Sesungguhnya engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka Kami singkapkan tutupan mata daripada engkau, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelas perkara-perkara hari akhirat).”
23. Malaikat yang sentiasa ada bersama-samanya berkata, “Inilah (kitab catatan amalan) yang ada di sisiku.”
24. (Setelah setiap orang dibicarakan, Allah berfirman kepada kedua malaikat yang menjadi pembawa dan saksi itu), “Humbankanlah oleh kamu berdua ke dalam Neraka Jahanam semua orang yang sangat ingkar dan degil (dalam kekufuran).”
25. “Yang sangat menghalangi kebajikan, yang melanggar hukum agama lagi meragui kebenaran.”
26. “Yang menyembah sesuatu di samping Allah. Maka, humbankanlah dia oleh kamu berdua ke dalam azab yang amat berat.”
27. Syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata, “Wahai Tuhan kami! Aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong.”
28. Allah berfirman, “Janganlah kamu berbalah lagi di hadapan-Ku, padahal (kamu sedia mengetahui bahawa) Aku dahulu telah memberi amaran kepada kamu (akan menyeksa orang yang bersalah).”
29. “Keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti dan Aku sekali-kali tidak menzalimi hamba-hamba-Ku.”
30. (Peringatkanlah manusia akan) hari Kami bertanya kepada Neraka Jahanam, “Adakah engkau sudah penuh?” la menjawab, “Adakah ada sebarang tambahan?”
31. (Ingatkanlah pula hari) didekatkan syurga bagi orang yang bertakwa, di tempat yang tidak jauh (daripada mereka).
32. (Serta dikatakan kepada mereka), “Inilah yang dijanjikan kepada kamu, kepada setiap hamba yang sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadah), lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah).”
33. “(laitu) orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah semasa tidak dilihat orang dan semasa dia tidak melihat azab Allah, serta dia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat.”
34. (Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata,) “Masuklah kamu ke dalam syurga dengan selamat sejahtera. Hari ini ialah hari (bermulanya) kehidupan yang kekal.”
35. Mereka beroleh apa yang mereka kehendaki di situ, dan di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurniaan yang tidak terlintas di hati mereka).
English
16. And surely We have created man, and We know what his soul suggests to him, and We are nearer to him than (his) jugular vein.
17. (Remember) that the two Receivers (recording angels) receive (him), one sitting on the right and another on the left (to note his/her action).
18. He utters not a word but there is a watcher ready close by (to record it).
19. And when the stupor of death will come in truth, (it shall be said): “This is what you tried to avoid.”
20. And the Trumpet will be blown, this is the Promised Day.
21. And each soul will come, along with an (angel) to drive, and an (angel) to bear witness.
22. (It will be said): “Surely you were heedless about this, but now We have removed the veil from you, so your sight today is sharp.”
23. And his companion will say: “Here is (his Record) ready with me.”
24. (We will say to both angles): “Cast into Hell every ungrateful stubborn one.
25. Forbidder of good, transgressor, doubter.
26. Who set up another god with Allah, therefore (both of you), cast him into the severe torment.”
27. His companion will say: “Our Lord! I did not lead him into transgression, but he (himself) was far astray.”
28. He will say: “Dispute not in My presence, and surely I gave you the warning beforehand.
29. The word passed by Me cannot be changed, nor I am unjust to My servants in the least.”
30. The Day We will say to Hell: “Are you filled up?” And it shall answer: “Are there any more?”
31. And the Garden shall be brought near to the pious, not far off.
32. (It will be said):“This is what was promised to every one who turns frequently (to Allah).
33. He who feared the Most Gracious in secret, and came with a heart turned in repentance.”
34. “Enter in peace. This is the Day of Eternity.”
35. For them there will be therein what they desire, and there will be more from Us.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

