Surah Qaf-j26h518

Halaman 518

Tarjuman
Bahasa Melayu

1. Qaf. Demi al-Qur’an yang sangat mulia.

2. (Kaum musyrik Makkah bukan sahaja mengingkari kerasulannya), bahkan mereka tercengang kerana datang kepada mereka daripada kalangan mereka sendiri, seorang rasul pemberi peringatan (mengenai urusan hidup semula sesudah mati), lalu orang yang kafir itu berkata, “Ini adalah satu perkara yang amat menghairankan.”

3. “Adakah (kita akan kembali hidup) sesudah kita mati dan menjadi tanah? Itu adalah cara kembali yang mustahil (daripada logik akal, kerana jasad yang telah hancur tidak dapat diketahui lagi).”

4. Sesungguhnya Kami telah mengetahui apa yang dimakan oleh bumi sedikit demi sedikit daripada (tubuh orang mati) mereka, serta ada di sisi Kami sebuah Kitab yang menyimpan (catatan segala perkara yang berlaku iaitu Lauh Mahfuz).

5. Sebenarnya, mereka telah mendustakan kebenaran (secara terburu-buru) sebaik sahaja kebenaran itu sampai kepada mereka. Oleh sebab itu, mereka berada dalam keadaan kacau-bilau.

6. (Kalaulah mereka menyangka Kami tidak berkuasa mengembalikan mereka hidup semula), maka tidakkah mereka memandang ke langit yang ada di atas mereka (yang tidak bertiang) bagaimana Kami membinanya (dengan rapi) serta Kami menghiasinya (dengan bintang-bintang), dan dengan keadaan yang tidak ada padanya keretakan sedikit pun?

7. Dan juga (keadaan) bumi ini, (bagaimana) Kami bentangkannya sebagai hamparan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh, serta Kami tumbuhkan padanya pelbagai jenis tanaman yang indah dipandang mata?

8. (Kami jadikan semuanya itu) untuk menjadi perhatian dan peringatan, (yang menunjukkan jalan kebenaran) kepada setiap hamba Allah yang mahu kembali kepada-Nya (dengan ketaatan dan kebajikan).

9. Dan Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) yang banyak faedahnya, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pokok-pokok tanaman (buah-buahan) dan biji-bijian yang dituai.

10. Serta pohon tamar yang tinggi lampai, yang mengeluarkan mayang berlapis-lapis lagi lebat putiknya.

11. (Semuanya itu) sebagai rezeki bagi hamba-hamba (Kami) dan Kami telah hidupkan dengan air itu negeri yang mati. Demikianlah juga terjadinya kebangkitan (keluarnya orang yang mati dari kubur masing-masing).

12. Sebelum mereka (yang menentang Nabi Muhammad) itu, kaum (Nabi) Nuh dan Ashabul Rass serta Thamud (kaum Nabi Soleh) telah mendustakan rasul masing-masing.

13. Dan juga ‘Ad (kaum Nabi Hud) dan Firaun serta kaum (Nabi) Lut.

14. Dan juga penduduk Aikah serta kaum Tubba’. Setiap kaum itu telah mendustakan rasul-rasul (yang diutus kepadanya), lalu mereka ditimpa azab yang Aku janjikan.

15. (Setelah mereka melihat dan memerhatikan makhluk-makhluk yang Kami ciptakan itu), maka adakah Kami letih dengan penciptaan yang pertama itu (sehingga Kami tidak dapat mengadakannya semula)? Sebenarnya, mereka berada dalam keadaan keliru dan ragu-ragu tentang penciptaan makhluk-makhluk (kebangkitan semula) dalam bentuk yang baharu.

English

1. Qaf. By the Glorious Qur’an.

2. No, they wonder that a warner from among them has come to them. And say the unbelievers: “This is a strange thing.

3. What! When we are dead and have become dust? That is a for return from possible.”

4. Surely We know how much the earth takes away of them, and with Us is the Recording Book.

5. Nay, but they reject the truth when it comes to them, therefore they are in a state of confusion.

6. Do they not look then towards the sky above them, how We have built it and adorned it, and there are no flaws therein?

7. And We have spread out the earth and We have placed mountains in it, and We have caused to grow therein every kind of beautiful thing.

8. This is an enlightenment and a reminder for every servant who turns frequently (to Allah).

9. And We send down from the sky blessed water, then We cause to grow therewith gardens and grain for harvests.

10. And the tall palm-trees which have spadices layer upon layer.

11. As a provision for (Our) servants, and We give life therewith to a dead land. Thus shall be the Resurrection.

12. Before them the people of Nuh rejected (the truth), and (so did) the companions of al-Rass and (the people of) Thamud,

13. And ‘Ad, and Pharaoh, and the brothers of Lut,

14. And the Companions of the Wood, and the people of Tubaa‘: they all rejected the Messengers, so My threat took effect.

15. Were We then weary with the first creation? Nay, they are in a doubt with regard to the new creation.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Khulasah Al-Quran