Halaman 311
Tarjuman
Bahasa Melayu
77. Maka tidakkah engkau merasa hairan memikirkan, akan orang yang kufur kepada ayat-ayat Kami serta dia berkata (dalam keadaan mengejek), “Sesungguhnya aku akan diberikan harta kekayaan dan anak pinak pada hari akhirat.”
78. Adakah dia telah mengetahui akan perkara yang ghaib atau adakah dia telah membuat perjanjian dengan Tuhan Yang Maha Pemurah mengenainya?
79. Tidak sekali-kali! Kami akan menulis apa yang dikatakannya dan Kami akan tambah baginya azab yang berganda-ganda.
80. Dan Kami akan mewarisi apa yang dikatakannya (dengan mengambil kembali harta dan anak pinaknya) itu dan dia akan datang kepada Kami dengan seorang diri.
81. Dan mereka yang kafir menyembah selain daripada Allah sebagai tuhan-tuhan, supaya apa yang mereka sembah itu menjadi penolong-penolong yang memberi kemuliaan dan pengaruh kepada mereka.
82. Tidak sekali-kali! Bahkan apa yang mereka pertuhankan itu mengingkari perbuatan mereka menyembahnya dan akan menjadi musuh yang membawa kehinaan kepada mereka (di akhirat kelak).
83. Tidakkah engkau mengetahui (wahai Muhammad) bahawa Kami telah menghantar syaitan-syaitan kepada orang yang kafir, untuk menghasut mereka mengerjakan perbuatan kufur dan maksiat dengan bersungguh-sungguh?
84. Oleh itu, janganlah engkau segera marah terhadap mereka yang ingkar itu, kerana sesungguhnya Kami hanya menghitung hari yang sedikit sahaja bilangannya untuk mereka (dengan teliti).
85. (Ingatlah) pada hari Kami menghimpunkan orang yang bertakwa untuk menghadap Tuhan Yang Maha Pemurah sebagai delegasi terhormat.
86. Dan Kami akan menghalau orang yang bersalah ke Neraka Jahanam dalam keadaan dahaga.
87. Mereka tidak berhak mendapat syafaat, kecuali orang yang telah mengikat perjanjian dengan Allah Yang Maha Pemurah.
88. Dan mereka yang kafir (Yahudi dan Nasrani) berkata, “Tuhan Yang Maha Pemurah mempunyai anak.”
89. Sesungguhnya kamu telah melakukan satu kemungkaran yang besar!
90. Langit nyaris-nyaris terpecah disebabkan ucapan mereka itu, bumi nyaris-nyaris terbelah dan gunung-ganang pula hampir runtuh.
91. Kerana mereka mendakwa Tuhan Yang Maha Pemurah mempunyai anak.
92. Dan padahal tidak layak bagi Tuhan Yang Maha Pemurah mempunyai anak.
93. Tidak ada sesiapa pun di langit dan di bumi melainkan dia akan datang kepada Tuhan Yang Maha Pemurah sebagai hamba (termasuk makhluk yang didakwa tuhan itu).
94. Sesungguhnya! Allah telah mengira mereka dan menghisab mereka satu per satu.
95. Dan mereka masing-masing akan datang menghadap-Nya pada hari kiamat dengan seorang diri.
English
77. Have you seen him who disbelieves in Our signs, and says: “I shall surely be given wealth and children?”
78. Has he got knowledge of the unseen, or has he taken a covenant from the Most Gracious?
79. Certainly not! We will write down what he says, and We will prolong for him his punishment.
80. And We will take away what he says (i.e. his wealth and his children), and he will come to Us alone.
81. And they have taken besides Allah other gods that they may be of help to them.
82. Certainly not! They will deny their worship, and they will be their opponents.
83. Have you not seen that We surely send the Evils (devils) to the disbelievers, to push them to do evils?
84. But be not in haste about them, We count out for them a number of days.
85. The Day We will assemble the pious to the Most Gracious as (His) guests.
86. And We will drive the sinners to Hell in a thirsty state.
87. They shall have no power of any intercession, except he who has taken a covenant from the Most Gracious.
88. And they say the Most Gracious has taken a son.
89. Most certainly you have said something that is the most evil.
90. The heavens might almost burst up because of that, and the earth split asunder, and the mountains fall in ruins,
91. Because they ascribe a son to the Most Gracious.
92. And it is not befitting to the Most Gracious to take a son.
93. There is no one in the heavens and the earth but will come to the Most Gracious as a servant.
94. Surely He has an account of them, and He has counted them a full counting.
95. And everyone of them will come to Him on the Day of Resurrection alone (i.e. without an intercessor).
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul


