Halaman 309
Tarjuman
Bahasa Melayu
52. Dan Kami telah menyerunya dari arah sebelah kanan Gunung Tursina dan Kami telah mendekatkannya kepada Kami ketika dia bermunajat.
53. Dan Kami kurniakan kepadanya sebahagian rahmat Kami iaitu saudaranya Harun, yang juga seorang Nabi.
54. Dan ceritakanlah (wahai Muhammad) dalam Kitab (al-Quran) ini perihal (Nabi) Ismail, sesungguhnya dia seorang yang benar-benar menepati janji serta dia adalah seorang Rasul dan Nabi.
55. Dan dia menyuruh keluarganya mengerjakan solat dan memberi zakat serta dia pula adalah seorang yang diredai di sisi Tuhannya.
56. Dan ceritakanlah (wahai Muhammad) dalam Kitab (al-Quran) ini perihal (Nabi) Idris, sesungguhnya dia amat benar (tutur katanya dan imannya), dan dia seorang Nabi.
57. Dan Kami telah mengangkatnya ke darjat yang tinggi.
58. Mereka itulah orang yang dikurniakan nikmat oleh Allah dalam kalangan nabi-nabi keturunan (Nabi) Adam dan daripada keturunan orang yang Kami bawa bersama-sama (Nabi) Nuh, daripada keturunan Ibrahim dan Israel (iaitu Nabi Yaakub) serta mereka itu adalah daripada orang yang Kami beri hidayah dan telah Kami pilih. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Tuhan Yang Maha Pemurah, mereka segera merebahkan diri bersujud dan menangis.
59. Maka datanglah sesudah mereka, keturunan-keturunan yang melalaikan solat dan menurut hawa nafsu, maka mereka bakal menghadapi azab (di dalam neraka).
60. Kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, maka mereka itu akan masuk ke syurga dan pahala mereka tidak dikurangkan sedikit pun.
61. (laitu) Syurga ‘Adn yang telah dijanjikan oleh Tuhan Yang Maha Pemurah kepada hamba-hamba-Nya sekali pun tidak nampak, sesungguhnya Tuhan itu, janji-Nya pasti ditepati.
62. Mereka tidak akan mendengar dalamnya perkataan yang sia-sia tetapi mereka sentiasa mendengar ucapan ‘Salam’ (daripada para malaikat) dan makan minum untuk mereka disediakan di dalamnya pagi dan petang.
63. Itulah taman syurga yang Kami akan berikan sebagai warisan pusaka kepada orang yang bertakwa dalam kalangan hamba Kami.
64. Dan (Malaikat berkata), “Kami tidak turun kecuali dengan perintah Tuhanmu, Dia-lah juga yang menguasai serta mentadbir apa yang ada di hadapan kita (akhirat) dan apa yang ada di belakang kita (dunia) serta apa yang ada di antara itu dan Tuhanmu itu tidak lupa.”
English
52. And We called him from the right side of the mountain, and We drew him near for a private conversation.
53. And We granted him out of Our mercy his brother Harun, (also) a Prophet.
54. And remember (the story of) Isma’il in the Book, surely he was truthful in what he promised, and he was a Messenger, a Prophet.
55. And he enjoined on his household prayer and the stated alms, and he was most favoured in the sight of his Lord.
56. And remember (the story of) Idris in the Book, He was a truthful man, a Prophet.
57. And We raised him to a lofty place.
58. These are the people whom We have blessed and they are among the Prophets from the offspring of Adam and of those whom We carried with Nuh and of the offspring of Ibrahim and Isra’il and of those (whom) We have guided and chosen. When the signs of the Most Gracious were recited to them, they fell down prostrating and weeping.
59. But came after them successors who neglected prayers and followed their lusts, therefore they will face utter destruction.
60. Except those who repent and believe and do good deeds. These will enter the Garden, and they will not be wronged at all.
61. (Into) Gardens of Bliss unseen (by them) which the Most Gracious has promised His servants. Surely His promise must come to pass.
62. They will not hear therein any vain discourse, but (they will hear) “Peace.” And they will have therein their provision, morning and evening.
63. This is the Garden which We give as an inheritance to those of Our servants who have been pious.
64. And (the angels say): “We do not descend but by the command of your Lord. To Him belongs what is before us and what is behind us, and what is between, and your Lord is never forgetful.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

