Surah Maryam-j16h308

Halaman 308

Tarjuman
Bahasa Melayu

39. Dan berilah peringatan (wahai Muhammad) kepada mereka tentang hari penyesalan, iaitu hari diputuskan segala perkara, sedangkan mereka dalam kelalaian serta tidak beriman.

40. Sesungguhnya Kami-lah yang mewarisi bumi dan segala makhluk yang ada di atasnya dan kepada Kami-lah mereka akan dikembalikan.

41. Dan sebutkanlah (wahai Muhammad) dalam Kitab (al-Quran) perihal (Nabi) Ibrahim, sesungguhnya dia adalah seorang yang amat benar, bahkan seorang Nabi.

42. Ketika dia (Nabi Ibrahim) berkata kepada bapanya, “Wahai ayahku, mengapa ayah menyembah benda yang tidak mendengar dan tidak melihat serta tidak dapat menolongmu sedikit pun?”

43. “Wahai ayahku, sesungguhnya telah datang kepadaku daripada ilmu pengetahuan yang tidak pernah datang kepadamu, oleh itu ikutlah aku. Aku akan memimpinmu ke jalan yang benar.”

44. “Wahai ayahku, janganlah ayah menyembah syaitan (berhala), sesungguhnya syaitan itu menderhaka kepada Allah Yang Maha Pemurah.”

45. “Wahai ayahku, sesungguhnya aku bimbang bahawa ayah akan diazab oleh Tuhan Yang Maha Pemurah, maka ayah menjadi rakan bagi syaitan di dalam neraka.”

46. (Bapanya) menjawab, “Patutkah engkau bencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Sesungguhnya! Jika engkau tidak berhenti (mengutuk sembahanku) sudah tentu aku akan merejammu dengan batu, dan engkau tinggalkanlah aku buat masa yang lama.”

47. Dia (Nabi Ibrahim) berkata, “Semoga keselamatan bersamamu, aku akan memohon kepada Tuhanku mengampuni dosamu, sesungguhnya Dia sentiasa melimpahkan kemurahan ihsan-Nya kepadaku.”

48. “Dan aku akan menjauhkan diri daripadamu dan daripada apa yang kamu sembah selain Allah serta aku akan berdoa kepada Tuhanku dengan ikhlas, mudah-mudahan aku tidak akan dikecewakan dengan berdoa kepada Tuhanku (sebagaimana kamu berdoa kepada berhala).”

49. Maka apabila dia meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah selain Allah, kami kurniakan kepadanya, Ishak (anaknya) dan Yaakub (cucunya) dan kedua-duanya Kami angkat menjadi Nabi.

50. Dan Kami kurniakan kepada mereka sebahagian rahmat Kami, dan Kami jadikan bagi mereka sebutan dan pertuturan yang tinggi dalam kalangan umat manusia.

51. Dan ceritakanlah dalam Kitab (al-Quran) ini perihal Musa, sesungguhnya dia adalah orang pilihan dan dia adalah seorang Rasul dan Nabi.

English

39. And warn them of the Day of Sorrow when the matter will be decided; because they are in heedlessness and because they do not believe. 

40. Surely We inherit the earth and all those who are on it, and to Us they shall be returned.

41. And remember (the story of) Ibrahim in the Book. He was a truthful man, a prophet. 

42. When he said to his father: “O my father! Why do you worship that which hears not, and sees not, and cannot avail you in anything? 

43. O my father! Surely there has come to me knowledge which came not to you, therefore follow me, I will guide you to a straight path. 

44. O my father! Worship not Satan. Surely Satan is disobedient to the Most Gracious. 

45. O my father! Surely I fear lest a torment from the Most Gracious afflict you, then you become be a friend of Satan.” 

46. He replied: “Do you reject my gods, O Ibrahim? Surely if you desist not, I will stone you. So get away from me for a long while.”

47. He said: “Peace be upon you, now I will ask my Lord to pardon you. Surely He is Most Kind to me. 

48. And I will withdraw from you and what you call upon besides Allah, and I will call upon my Lord, it may be that my prayer will not remain unanswered by my Lord.” 

49. Then when he had withdrawn from them and what they worshipped, We gave him Ishaq and Ya‘qub, and We made each one of them (to be) a Prophet. 

50. And We gave them of Our mercy, and We made them highly (spoken of with) the tongue of truth. 

51. And remember (the story of) Musa in the Book, surely he was a chosen one, and he was a Messenger, a Prophet. 

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi