Surah Maryam-j16h306

Halaman 306

Tarjuman
Bahasa Melayu

12. “Wahai Yahya, berpeganglah kepada Kitab (Taurat) itu dengan bersungguh-sungguh.” Kami berikan kepadanya hikmah kebijaksanaan (dan kenabian) semasa dia masih kanak-kanak.

13. Dan rasa belas kasihan yang mendalam daripada Kami dan kesucian (daripada dosa), dan dia seorang yang bertakwa.

14. Dan dia seorang yang berbakti kepada ibu bapanya dan dia tidak sombong lagi tidak derhaka.

15. Dan kesejahteraan atas dirinya pada hari dia dilahirkan, pada hari dia wafat dan pada hari dia dibangkitkan hidup kembali.

16. Dan ceritakanlah dalam Kitab (al-Quran) perihal Maryam, ketika dia memencilkan diri daripada keluarganya di sebuah tempat di sebelah timur.

17. Maka dia membuat tabir untuk melindungi dirinya daripada mereka. Lalu Kami hantarkan kepadanya roh Kami (Malaikat Jibril) kepadanya dengan menjelma sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya.

18. Dia (Maryam) berkata, “Sesungguhnya aku berlindung daripadamu kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, sekiranya engkau seorang yang bertakwa.”

19. Dia (Jibril) berkata, “Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk memberi kamu seorang anak lelaki yang suci (bakal menjadi nabi).”

20. Dia (Maryam) bertanya, “Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun dan aku pula bukan perempuan jahat (pelacur)?”

21. Dia (Jibril) menjawab, “Demikianlah keadaannya. Tuhanmu berfirman, ‘Hal itu mudah bagi-Ku dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai rahmat daripada Kami serta hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan.”

22. Maka (Maryam) pun hamil, lalu dia memencilkan diri dengan kandungannya itu ke sebuah tempat yang jauh.

23. Maka rasa sakit bersalin itu memaksanya (bersandar) di sebatang pohon tamar, dia (Maryam) berkata, “Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan aku menjadi sesuatu yang tidak bererti dan dilupakan orang!”

24. Lalu dia diseru (oleh Jibril) dari tempat yang rendah, “Janganlah engkau berdukacita! Sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai (yang dulunya kering kontang).”

25. “Goyangkanlah batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.”

English

12. “O Yahya! Hold fast the Book.” And We gave him wisdom while yet a child, 

13. And compassion from Us and purity, and he was pious, 

14. And dutiful to his parents and he was not rebellious, disobedient. 

15. And peace be upon him the day he was born, and the day he dies, and the day he will be raised up alive.

16. And remember (the story of) Maryam in the Book. When she sought seclusion from her family to an eastern place.

17. So she placed a screen away from them. Then We sent to her Our Spirit, and he appeared to her in the form of a human being. 

18. She said: “Surely I seek refuge with the Most Gracious from you, if you fear Allah.” 

19. He said: “I am only the Messenger of your Lord, that I may give you (the glad tidings of) a righteous son.” 

20. She said: “How can I have a son, when no man has touched me, neither have I been unchaste?” 

21. He said: “Just so.” Says your Lord: “It is an easy matter for Me: and in order that We make him a Sign unto mankind and a Mercy from Us, and the matter has been decided.” 

22. Then she conceived him, and she withdrew with him to a far place. 

23. Then the pains of childbirth brought her to the trunk of a palm-tree. She said: “I wish I had died before this, and had been forgotten and out of sight.” 

24. Then (a voice) called her from beneath her, saying: “Grieve not, surely your Lord has placed a water stream beneath you. 

25. And shake towards you the trunk of the palm-tree, it will drop on you fresh ripe dates. 

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi