Surah Maryam-j16h305

Halaman 305

Tarjuman
Bahasa Melayu

1. Kaf, Ha, Ya, ‘Ain, Sad.

2. Inilah penjelasan limpahan rahmat Tuhanmu kepada hamba-Nya (Nabi) Zakaria.

3. laitu ketika dia (Nabi Zakaria) berdoa kepada Tuhannya dengan seruan yang lembut (perlahan-lahan).

4. Dia berkata, “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah putih dipenuhi uban dan aku tidak pernah berasa hampa dalam berdoa kepada-Mu.”

5. “Dan sesungguhnya aku berasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas agama sepeninggalanku, sedangkan isteriku pula adalah seorang yang mandul. Oleh itu, kurniakanlah aku dari sisi-Mu seorang putera.”

6. “Yang layak mewarisiku, juga mewarisi keluarga (Nabi) Yaakub dan jadikanlah dia wahai Tuhanku seorang yang diredai.”

7. “Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar gembira kepadamu dengan mengurniakan seorang putera bernama Yahya, yang Kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorang pun yang senama dengannya.”

8. Dia (Nabi Zakaria) berkata, “Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, sedangkan isteriku adalah seorang yang mandul dan aku sendiri telah sampai had umur yang sangat lanjut?”

9. Demikianlah keadaannya. Tuhanmu berfirman, “Hal itu mudah bagi-Ku kerana sesungguhnya Aku telah menciptakanmu dahulu, sedangkan engkau pada masa itu belum ada sama sekali.”

10. Dia (Nabi Zakaria) berkata lagi, “Wahai Tuhanku! Berikanlah aku satu petanda.” Allah berfirman, “Petanda bagimu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga malam, sedangkan engkau dalam keadaan sihat.”

11. Maka dia pun keluar mendapatkan kaumnya dari Mihrab, lalu dia memberi isyarat kepada mereka, “Hendaklah kamu bertasbih (bersolat) di waktu pagi dan petang.”

English

1. Kaf, Ha, Ya, ‘Ain, Sad.

2. This is a mention of the mercy of your Lord to His servant Zakariyya, 

3. When he cried to his Lord in secret,

4. He said: “My Lord! surely my bones are weakened, and grey hair has spread on my head, and my Lord! Never has my prayer unto You remained unanswered. 

5. And I fear my relatives after me. And my wife is barren, therefore grant me from Yourself an heir. 

6. Who should inherit me and inherit from the Children of Ya‘qub, and my Lord! make him one with whom You are well-pleased.” 

7. “O Zakariyya! surely We give you the glad tidings of a boy whose name shall be Yahya. We have not given that name to anyone before.” 

8. He said: “My Lord! how shall I have a son when my wife is barren, and I have reached the extreme limit of old age?” 

9. He said: “So (it will be),” says your Lord: “It is an easy matter for Me, and I surely created you before, when you were nothing.” 

10. He said: “My Lord! show me a sign.” He said: “Your sign is that you shall not speak to people for three nights despite being healthy.” 

11. Then he came out to his people from the praying place, then he told them by signs: “Glorify Him with praises in the morning and in the evening.” 

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Khulasah Al-Quran