Surah Luqman-j21h414

Halaman 414

Tarjuman
Bahasa Melayu

29. Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam (silih berganti) serta Dia menundukkan matahari dan bulan (untuk manfaat makhluk-makhluk-Nya)? Setiap satu daripada kedua-duanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

30. Demikianlah, kerana bahawasanya Allah sahaja Tuhan yang sebenar-benarnya dan segala yang mereka sembah selain daripada Allah ialah palsu belaka. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya).

31. Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat kurniaan Allah untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian daripada tanda-tanda (kemurahan)-Nya? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (untuk berfikir) bagi setiap (mukmin) yang sangat sabar lagi sentiasa bersyukur.

32. Dan apabila mereka dirempuh oleh ombak yang besar seperti gunung (yang menutup apa saja yang ada di bawahnya), pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepada-Nya semata-mata. Tetapi tatkala Allah menyelamatkan mereka ke darat, maka sebahagian daripada mereka bersikap sederhana (dalam perbuatan dan ibadah iaitu antara kufur dan iman). Dan sememangnya tiada yang mengingkari bukti-bukti (kemurahan) Kami melainkan setiap orang yang bersifat mungkir janji lagi tidak mengenang budi (kufur nikmat Allah yang diberikan kepadanya).

33. Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu dan takutilah hari (akhirat) yang padanya seseorang bapa tidak dapat melepaskan anaknya daripada azab dosanya dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan bapanya daripada azab dosanya. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan syaitan (yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah).

34. Sesungguhnya di sisi Allah sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah jua yang menurunkan hujan dan mengetahui (dengan sebenar-benarnya) tentang apa yang ada di dalam rahim (ibu yang mengandung), dan tidak ada seseorang pun yang mengetahui apa yang akan diusahakannya esok dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi (negeri) manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Teliti (secara mendalam sesuatu yang tersembunyi).

English

29. Do you not see that Allah causes the night to enter into the day, and He causes the day to enter into the night, and He subjected the sun and the moon (to his Law); each one runs to an appointed term; and that Allah is Well-Acquainted of what you do?

30. This is because Allah, He, is the Truth, and because what they call upon besides Him is falsehood, and because Allah, He, is the Most-High, the Most Great.

31. Do you not see that the ships sail in the sea by the Grace of Allah, in order that He may show you some of His signs? Surely, there are signs in this for every patient, thankful (man).

32. And when the waves cover them like the shades, they call upon Allah with exclusive faith in Him, but when He brings them to safe land, then (only) some of them follow the middle course. But none contend against Our signs except every perfidious, ungrateful one.

33. O men! Fear your Lord, and take your precautions against a Day when a father will not be of any avail to his son, neither the son will be of any avail to his father at all. Surely the promise of Allah is true, therefore let not the life of this world deceive you, and let not the chief deceiver deceive you with regard to Allah.

34. Surely with Allah is the knowledge of the Hour, and He sends down the rain, and He knows what is in the wombs and no soul knows what it will earn tomorrow and no soul knows in what land it will die. Surely Allah is All-Knowing, All-Acquainted.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul