Halaman 411
Tarjuman
Bahasa Melayu
1. Alif, Lam, Mim.
2. Ini ialah ayat-ayat al-Quran yang mengandungi hikmah-hikmah.
3. Menjadi hidayah dan rahmat bagi orang yang mengerjakan perbuatan baik.
4. (Iaitu) orang yang mendirikan solat dan memberi zakat serta mereka yakin tentang adanya hari akhirat.
5. Mereka itulah yang tetap mendapat hidayah daripada Tuhan mereka dan merekalah orang yang berjaya.
6. Dan ada antara manusia yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada hiburan-hiburan yang melalaikan yang akibatnya menyesatkan (dirinya dan orang ramai) daripada jalan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu sebagai ejek-ejekan, merekalah orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.
7. Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, dia berpaling dengan angkuhnya seolah-olah dia tidak mendengarnya, (kerana) ada penyumbat pada kedua-dua telinganya, maka gembirakanlah dia dengan balasan azab yang pedih.
8. Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh syurga yang penuh dengan pelbagai nikmat.
9. Mereka kekal di dalamnya. (Demikianlah) janji Allah yang tetap benar dan Dia-lah jua yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
10. Dia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana kamu melihatnya dan Dia memacakkan di bumi gunung-ganang yang kukuh supaya bumi itu tidak menggoncangkan kamu serta Dia biakkan padanya pelbagai jenis binatang, dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi pelbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat.
11. Ini (semuanya adalah) ciptaan Allah, maka cubalah kamu perlihatkan kepadaku apakah yang telah diciptakan oleh makhluk-makhluk selain daripada-Nya (yang kamu sembah itu). (Tidak ada sesuatu pun) bahkan orang yang zalim (dengan perbuatan syiriknya) itu berada dalam kesesatan yang nyata.
English
1. Alif, Lam, Mim.
2. These are the verses of the Book of wisdom.
3. A guidance and mercy for the doers of good.
4. Those who observe prayer, and pay the stated alms, and have full faith in the Hereafter.
5. They are upon a guidance from their Lord, and they are the people who succeed.
6. And there is one who buys idle talks, in order to lead people astray from the Way of Allah without any knowledge, and in order to take them (the verses of the Book of Wisdom) as a mockery. Such are the men for whom there is a humiliating torment.
7. And when Our signs are recited to him, he turns away in arrogance, as if he had heard them not, or as if there were deafness in his ears. Therefore give him the tidings of a painful torment.
8. Surely as for those who believe and do righteous deeds, there are for them Gardens of Bliss,
9. They shall abide in them. The promise of Allah is true, for He is the All-Mighty, the All-Wise.
10. He created the heavens without any pillars as you can see them, and He put mountains on the earth that it may not shake with you, and He spread in it all kinds of animals. And We sent down water from the sky, then We cause to grow therein all kinds of goodly things.
11. This is the creation of Allah. Now show me what others besides Him have created. No, the wrongdoers are in a clear error.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Khulasah Al-Quran

Asbab-al-Nuzul


