Surah Hud-j12h234

Halaman 234

Tarjuman
Bahasa Melayu

109. Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) menaruh rasa ragu-ragu terhadap apa yang disembah oleh mereka yang musyrik itu. Mereka tidak menyembah melainkan sama seperti yang disembah oleh nenek moyang mereka yang musyrik dahulu. Dan sesungguhnya Kami akan menyempurnakan bahagian mereka tanpa dikurangi sedikit pun.

110. Sesungguhnya Kami telah memberikan kepada (Nabi) Musa Kitab Taurat, lalu berlaku perselisihan mengenainya. Kalau bukanlah kerana telah ada ketetapan daripada Tuhanmu, tentulah diturunkan azab dengan serta-merta kepada mereka. Dan sesungguhnya mereka masih menaruh perasaan ragu-ragu tentang (kebenaran al-Quran) itu.

111. Dan sesungguhnya setiap orang akan disempurnakan oleh Tuhanmu balasan amalan mereka, sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan-Nya terhadap apa yang mereka kerjakan.

112. Maka hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh (di atas jalan yang benar) sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang bertaubat bersamamu. Janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

113. Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim yang akan menyebabkan kamu dibakar api neraka, sedangkan kamu tidak ada sebarang penolong pun selain daripada Allah. Kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.

114. Dan dirikanlah solat pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada ketika waktu permulaan malam (iaitu maghrib dan isyak). Sesungguhnya amal-amal kebaikan itu menghapuskan amalan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian itu menjadi peringatan bagi orang yang mahu beringat.

115. Dan bersabarlah, kerana sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan pahala orang yang berbuat kebaikan.

116. Maka sepatutnya ada dalam kalangan umat-umat yang telah dibinasakan dahulu, orang yang teguh beragama melarang kaumnya daripada melakukan kerosakan di muka bumi, (tetapi sayang! Tidak ada yang melarang) melainkan sedikit sahaja daripada orang yang Kami telah selamatkan antara mereka. Dan orang yang zalim itu hanya mementingkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka dan jadilah mereka orang yang berdosa.

117. Dan Tuhanmu tidak akan sekali-kali membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya selagi mana mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri.

English

109. Therefore be not in doubt concerning what these people worship. They worship nothing but what their fathers worshipped before (them). And We shall pay them back in full without any decrease.

110. And most certainly We gave Musa the Book, but they differed therein. And had it not been for a word already gone forth from your Lord, the matter would have been decided between them, and they are surely in a grave doubt about it (this Qur’an).

111. And surely your Lord will pay back in full (the rewards of) their deeds to all. Surely He knows what they do.

112. Therefore remain firm as you have been commanded, and (similarly) he also who has turned (to Allah) with you, and transgress not, for surely He sees what you do.

113. And incline not to those who do wrong, lest the Fire touches you (also), and you have no protectors besides Allah, nor shall you be helped.

114. And observe prayer at the two ends of the day, and at the early parts of the night. Surely the good deeds wipe out the evils deeds. This is a reminder for those who remember.

115. And be patient, for surely Allah does not waste the reward of the doers of good.

116. Therefore why were not there among the generations before you, people possessing wisdom to forbid the doing of evil in this earth, except a few among them of those whom We saved? But the wrongdoers pursued the enjoyment of good things of (this life) and they were sinners.

117. And it was not for your Lord to destroy any towns unjustly, while their people were right doers. 

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul