Surah Hud-j12h232

Halaman 232

Tarjuman
Bahasa Melayu

89. “Dan wahai kaumku! Janganlah permusuhan kamu terhadapku menyebabkan kamu berbuat dosa sehingga kamu ditimpa bala bencana sebagaimana yang telah menimpa kaum Nuh atau kaum Hud atau kaum Soleh. Kaum Lut pun tidaklah jauh (jarak waktu atau tempat tinggal mereka) dari kamu.”

90. “Dan mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Penyayang lagi Maha Pengasih.”

91. Mereka berkata, “Wahai Syu’aib, kami tidak mengerti kebanyakan daripada apa yang engkau katakan itu dan sesungguhnya kami melihat engkau orang yang lemah dalam kalangan kami. Kalau bukan kerana kaum keluargamu, sudah tentu kami merejammu (dengan batu). Engkau pula bukanlah orang yang dipandang mulia dalam kalangan kami!”

92. (Nabi Syu’aib) berkata, “Wahai kaumku! Patutkah kaum keluargaku dipandang lebih mulia daripada Allah serta kamu pula jadikan perintah-Nya dibuang dan dilupakan di belakang kamu? Sesungguhnya pengetahuan Tuhanku meliputi pada apa yang kamu lakukan.”

93. “Dan wahai kaumku! Buatlah sedaya upaya kamu (untuk menentang agama Allah yang aku sampaikan ini), sesungguhnya aku juga tetap berusaha dengan bersungguh-sungguh (untuk mengembangkannya). Kelak kamu akan mengetahui siapakah yang akan didatangi azab yang menghinakannya dan siapa pula yang berdusta. Tunggulah, sesungguhnya aku juga turut menunggu bersama-sama kamu.”

94. Tatkala datang perintah Kami, Kami selamatkan (Nabi) Syu’aib bersama umatnya yang beriman dengan rahmat daripada Kami dan orang yang zalim itu dibinasakan oleh ledakan suara (bunyi) yang kuat, lalu jadilah mereka mati bergelimpangan di rumah masing-masing.

95. (Mereka hancur binasa) seolah-olah mereka tidak pernah tinggal di situ. Ingatlah! Binasalah akhirnya penduduk Madyan sebagaimana binasanya kaum Thamud.

96. Dan sesungguhnya Kami telah mengutus (Nabi) Musa dengan membawa ayat-ayat Kami dan bukti yang nyata.

97. Kepada Firaun dan pembesar-pembesarnya, lalu kaum Firaun menurut perintah Firaun. Perintahnya itu bukanlah perintah yang benar.

English

89. And O my people! Let not (your) opposition to me cause you to sin so that there may befall you the like of what befell the people of Nuh, or the people of Hud, or the people of Salih and the people of Lut are not far off
from you.

90. Therefore ask forgiveness of your Lord, then turn to Him (in repentance). Surely my Lord is Merciful, Loving.”

91. They said: “O Shu‘ayb! We understand not most of what you say, and we surely see you weak among us. And had it not been for your tribe, we would surely have stoned you (to death), and you have no power over us.”

92. He said: “O my people! Is my tribe mightier with you than Allah? And you have cast Him away behind your backs. Surely my Lord encompasses all what you do.

93. And O my people! Act according to your ability, and so will I. In time you will know it is on whom descends the torment that will disgrace him, and who is the liar. And watch, surely I too am watching with you.”

94. And when Our command came to pass, We saved Shu‘ayb and those who believed with him by a mercy from Ourselves and a roaring blast overtook the wrongdoers, so they became corpses lying down in their land (lit. home),

95. As if they had never dwelt there. So away with (the people) of Madyan as had been the case with Thamud.

96. And most certainly We sent Musa with Our Signs and a clear authority.

97. To Pharaoh and his chiefs, but they followed the command of Pharaoh, and Pharaoh’s command was not rightly directed.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
STEM-Q