Halaman 229
Tarjuman
Bahasa Melayu
63. Dia (Nabi Soleh) berkata, “Wahai kaumku! Beritahulah aku sekiranya aku berada dalam kebenaran berdasarkan bukti yang nyata daripada Tuhanku dan Dia pula mengurniakan rahmat kepadaku (sebagai pemberian daripada-Nya), maka siapakah yang akan menolongku daripada (azab) Allah kalau aku menderhaka kepada-Nya? Oleh itu, kamu tidak menambah sesuatu kebaikan pun bagiku selain daripada perkara yang merugikan.”
64. Dan (Nabi Soleh berkata lagi), “Wahai kaumku! Ini adalah unta betina daripada Allah untuk kamu sebagai tanda (mukjizat yang membuktikan kebenaranku). Oleh itu, biarkanlah ia mencari makan di bumi Allah dan janganlah kamu mengganggunya dengan tujuan menyakitinya, (kalau kamu menyakitinya) maka kamu akan ditimpa azab yang segera.”
65. Mereka kemudiannya menyembelih unta itu, lalu berkatalah (Nabi Soleh) kepada mereka, “Bersenang-lenanglah kamu di rumah masing-masing selama tiga hari, ia adalah janji yang tidak dapat didustakan.”
66. Maka tatkala datang azab Kami, Kami selamatkan (Nabi) Soleh berserta umatnya yang beriman dengan rahmat daripada Kami dan (Kami selamatkan mereka) daripada kehinaan pada hari itu. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia-lah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.
67. Dan orang yang zalim itu dibinasakan oleh satu pekikan suara yang kuat, lalu mereka mati bergelimpangan di tempat tinggal masing-masing.
68. (Mereka hancur binasa) seolah-olah mereka tidak pernah tinggal di situ. Ingatlah! Sesungguhnya kaum Thamud itu mengingkari Tuhan mereka. Ingatlah! Sesungguhnya kebinasaanlah bagi kaum Thamud.
69. Dan sesungguhnya telah datang utusan-utusan Kami kepada (Nabi) Ibrahim dengan membawa berita yang menggembirakan. Lalu mereka memberi salam dengan berkata, “Salam sejahtera kepadamu (wahai Ibrahim).” (Nabi Ibrahim) menjawab, “Salam sejahtera kepada kamu.” Maka tidak berapa lama selepas itu, dia menghidangkan jamuan untuk mereka seekor anak lembu yang dipanggang.
70. Maka apabila dia melihat tangan mereka tidak menyentuh hidangan itu, dia tidak mengenal mereka dan rasa takut (melihat keadaan mereka). (Melihat keadaan Ibrahim) mereka berkata, “Janganlah engkau takut wahai Nabi Ibrahim, sebenarnya kami ini (malaikat) diutus kepada kaum Lut (untuk membinasakan mereka).”
71. Sedangkan isterinya pada ketika itu sedang berdiri (mendengar), lalu dia tersenyum (merasa gembira dengan binasanya kaum Lut). Maka Kami pun memberikan berita gembira kepadanya (bahawa dia akan mendapat seorang anak) iaitu Ishak, dan sesudah Ishak (dia pula akan mendapat seorang cucu) iaitu Yaakub.
English
63. He said: “O my people! Tell me, if I have a clear proof from my Lord, and He has granted me mercy from Himself, then who will help me against Allah if I disobey Him? Therefore you will increase me in nothing except loss.
64. And O my people! This she-camel of Allah is a sign for you, then leave her to pasture in Allah’s land, and touch her not with evil, lest a near torment overtake you.”
65. But they hamstrung her. So he said: “Enjoy yourself in your homes for three days. This is a promise not to be belied.”
66. Then when Our command came, We saved Salih and those who believed with him by a mercy from Ourselves, and from the ignominy of that day. Surely your Lord is He who is All-Powerful, All-Mighty.
67. And a roaring blast overtook those who had done wrong, so they became corpses lying down in their land (lit. home),
68. As if they had never lived therein. Surely Thamud disbelieved in their Lord. So away with Thamud.
69. And most certainly Our Messengers came to Ibrahim with glad tidings. They said: “Peace.” He replied: “Peace,” and it was not long before he brought them a roasted calf.
70. But when he saw that their hands did not reach out towards it (the meal), he deemed their conduct strange, and felt a fear on their account. They said: “Fear not, surely we have been sent to the people of Lut.”
71. And his (Ibrahim’s) wife was standing (there), and she laughed, then We gave her glad tidings of Ishaq and after Ishaq, of Ya‘qub.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
STEM-Q


