Halaman 228
Tarjuman
Bahasa Melayu
54. “Kami hanya boleh berkata bahawa setengah daripada tuhan-tuhan kami telah mengenakanmu sesuatu penyakit gila.” (Nabi Hud) menjawab, “Sesungguhnya aku bersaksi kepada Allah (tentang kebenaranku) dan kamu juga saksikanlah bahawa aku berlepas diri daripada apa yang kamu sekutukan.”
55. “(Dengan menyembah) selain daripada Allah. Maka buatlah perancangan jahat kamu semua (kamu dan tuhan-tuhan kamu) terhadapku, kemudian janganlah kamu tunda lagi (laksanakan terus).”
56. (Nabi Hud berkata lagi), “Sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tidak ada sesuatu pun daripada makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.”
57. “Namun begitu, jika kamu membelakangkan juga (seruanku, maka tidaklah menjadi hal kepadaku) kerana aku telah sampaikan kepada kamu apa yang telah diutus oleh Allah untuk menyampaikannya, dan Tuhanku akan menggantikan kamu dengan suatu kaum yang lain (setelah kamu dibinasakan). Kamu pula tidak akan dapat membahayakan-Nya sedikit pun. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pemelihara segala sesuatu.”
58. Dan apabila datang azab Kami, Kami selamatkan (Nabi) Hud bersama umatnya yang beriman dengan rahmat daripada Kami, dan Kami selamatkan mereka daripada azab yang keras.
59. Dan demikianlah (peristiwa) kaum ‘Ad, mereka mengingkari ayat-ayat Tuhan mereka dan mereka menderhaka kepada rasul-rasul-Nya serta mereka menurut perintah setiap ketua yang bermaharajalela lagi derhaka.
60. Dan mereka ditimpa laknat di dunia ini dan juga pada hari kiamat. Ketahuilah! Sesungguhnya kaum ‘Ad itu telah ingkar kepada Tuhan mereka. Ketahuilah! Sesungguhnya kebinasaanlah akhirnya bagi ‘Ad iaitu kaum (Nabi) Hud.
61. Dan kepada kaum Thamud, (Kami utuskan) saudara mereka,(Nabi) Soleh. Dia berkata, “Wahai kaumku! Sembahlah Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripada-Nya. Dia-lah yang menjadikan kamu daripada bumi (tanah) serta menghendaki kamu memakmurkannya. Maka mintalah ampun kepada Allah, kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat lagi sentiasa memperkenankan (permohonan hamba-Nya).”
62. Mereka menjawab dengan berkata, “Wahai Soleh, sesungguhnya engkau sebelum ini adalah orang yang boleh diharap dalam kalangan kami. Patutkah engkau melarang kami daripada menyembah apa yang disembah oleh nenek moyang kami? Sesungguhnya kami benar-benar dalam keadaan ragu tentang apa yang engkau serukan kepada kami.”
English
54. We say nothing but that some of our gods (false deities) have seized you with evil.” He said: “Surely I call Allah to witness, and witness you (also), that I am free from what you associate (as partners with Allah).
55. Besides Him. So make your plot against me altogether, and give me no respite.
56. Surely I put my trust in Allah, my Lord and your Lord. There is no living creature but He has grasp of its forelock. Surely my Lord is upon the straight path.
57. If you then turn back, then I have already delivered to you that with which I was sent to you. And my Lord will cause another people to succeed you, and you will not harm Him at all. Surely my Lord is Preserving over everything.”
58. And when Our command came, We saved Hud and those who believed with him by means of mercy from Us and We saved them from an intense torment.
59. And such were ‘Ad, they rejected the signs of their Lord and disobeyed His Messengers, and followed the command of every tyrant opposer (of the truth).
60. And they are pursued by a curse in this world and on the Day of Resurrection. Surely ‘Ad disbelieved in their Lord. So away with ‘Ad, the people of Hud.
61. And to Thamud (We sent) their brother Salih, he said: “O my people! Worship Allah, you have no god other than Him. He brought you forth from the earth, and caused you to dwell therein, therefore ask forgiveness of Him, then turn to Him (in repentance). Surely my Lord is Near, Responsive.”
62. They said: “O Salih! You have been among us as a figure of good hope, do you (now) forbid us the worship of what our fathers worshipped? And we are most surely in grave doubt with regard to that you call us to.”
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

