Surah Hud-j12h226

Halaman 226

Tarjuman
Bahasa Melayu

38. Dan dia (Nabi Nuh) pun membuat bahtera itu dan setiap kali ketua-ketua kaum melalui tempat dia membina bahteranya, mereka mengejek-ejeknya. (Nabi Nuh) pun menjawab, “Jika kamu memandang kami bodoh (kerana membuat bahtera ini), maka sesungguhnya kami juga memandang kamu bodoh (kerana keingkaran kamu) sebagai (balasan) ejekan kamu.”

39. “Nanti kamu akan mengetahui siapakah yang akan didatangi azab yang menghinakannya (di dunia) dan bakal ditimpakan azab yang kekal (pada hari akhirat kelak).”

40. Sehingga apabila datang hukuman Kami (untuk membinasakan mereka) lalu air memancut-mancut keluar dari muka bumi, Kami berfirman kepada (Nabi Nuh), “Bawalah di dalam bahtera itu setiap jenis haiwan berpasang-pasangan, jantan dan betina dan bawalah keluargamu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang yang beriman.” Tidak ada orang yang beriman turut bersamanya melainkan sedikit sahaja.

41. Dan dia (Nabi Nuh) berkata (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman), “Naiklah kamu sekalian ke dalamnya dengan menyebut nama Allah ketika belayar dan berlabuh. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

42. Bahtera itu bergerak laju membawa mereka dalam gelombang ombak yang tinggi seperti gunung dan (sebelum itu Nabi) Nuh memanggil anaknya, sedangkan dia berada di tempat yang jauh daripadanya, “Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami, janganlah engkau terus bersama orang yang kafir.”

43. Anaknya menjawab, “Aku akan pergi berlindung ke sebuah gunung yang dapat menyelamatkan daku daripada ditenggelamkan oleh air.” Dia (Nabi Nuh) berkata, “Hari ini tidak ada sesuatu pun pelindung (dan penyelamat) daripada azab Allah kecuali orang yang Dia kasihani.” Dengan serta-merta ombak itu pun memisahkan di antara keduanya, lalu jadilah dia dalam kalangan orang yang ditenggelamkan.

44. Setelah itu diperintahkan kepada bumi, “Wahai bumi, telanlah airmu dan wahai langit, berhentilah daripada hujan.” Dengan sebab itu surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu dan bahtera itu pun berlabuh di atas gunung Judi dan diingatkan (bahawa) kebinasaanlah akhirnya bagi orang yang zalim.

45. Dan (Nabi) Nuh berseru kepada Tuhannya dengan berkata, “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya anakku itu daripada keluargaku sendiri dan bahawa janji-Mu itu adalah benar dan Engkau adalah sebijak-bijak Hakim (yang menghukum dengan seadil-adilnya).”

English

38. And while he was building the Ark, every time the chiefs of his people passed by him, they laughed at him. He said: “If you laugh at us, then surely we will laugh at you just as you do.”

39. Then you will know who it is on whom will come a torment which will disgrace him and on whom will fall a lasting torment.

40. Until when Our command came and the oven gushed forth (water), We said: “Take on board two pairs of every species (male and female), and your own family, except him upon whom the word has already gone forth, and those who believe.” And those who believed with him were a few.

41. And he (Nuh) said: “Embark in it, in the Name of Allah shall be its sailing, and its anchoring. Most surely my Lord is Often Forgiving, Most Merciful.”

42. And it sailed with them in the midst of waves like mountains, and Nuh cried to his son who was aloof: “O my son! Embark with us, and be not with those who disbelieve.”

43. He replied: “I shall soon take shelter in a mountain, it will protect me from the water.” He (Nuh) said: “There is no protector today against the
command of Allah except one whom He shows mercy.” And a wave came between them, so he was among the drowned.

44. And it was said: “O earth! Swallow your water, and O sky! Cease (your rain)!” And the water was made to subside and the command was fulfilled and it (the Ark) landed on al-Judi. And it was said: “Away with the wrongdoing people.”

45. And Nuh cried to his Lord and said: “O my Lord! Surely my son is of my family, and surely Your promise is the truth, and You are the Most Just of the judges.”

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi