Halaman 470
Tarjuman
Bahasa Melayu
26. Dan Firaun berkata (kepada pembesar-pembesarnya), “Biarkanlah aku membunuh Musa, dan biarlah dia memohon kepada Tuhannya (meminta pertolongan)! Sesungguhnya aku bimbang dia akan menukar agama kamu atau dia menimbulkan kerosakan di muka bumi.”
27. Dan (setelah mendengar ancaman itu) Musa berkata, “Sesungguhnya aku berlindung kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu daripada (angkara) setiap orang yang bersikap sombong, yang tidak beriman kepada hari hitungan amal.”
28. Dan (pada saat itu), seorang lelaki beriman daripada keluarga Firaun yang menyembunyikan imannya berkata, “Apakah kamu hendak membunuh seorang lelaki kerana dia menegaskan ‘Tuhanku ialah Allah, sedangkan dia telah datang kepada kamu membawa keterangan-keterangan daripada Tuhan kamu? Kalau dia seorang yang berdusta, maka dialah yang akan menanggung dosa dustanya itu, dan kalau dia seorang yang benar, nescaya kamu akan ditimpa oleh sebahagian daripada (azab) yang dijanjikannya kepada kamu. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah kepada orang yang melampaui batas lagi pendusta.”
29. “Wahai kaumku! Pada hari ini kepunyaan kamulah kuasa memerintah dengan bermaharajalela di muka bumi (Mesir dan sekitarnya). Tetapi sekiranya keadaan bertukar) maka siapakah yang akan menolong kita daripada azab Allah kalau azab itu datang menimpa kita?” Firaun berkata, “Aku tidak mengemukakan kepada kamu melainkan dengan apa yang aku rasakan baik, dan aku tidak menunjukkan kepada kamu melainkan jalan yang benar.”
30. Dan orang yang beriman itu berkata lagi, “Wahai kaumku! Sesungguhnya aku bimbang kamu akan ditimpa (kebinasaan) seperti hari kehancuran yang telah menimpa kaum-kaum bersekutu (menentang rasul-rasul mereka).”
31. “(laitu) seperti keadaan kaum (Nabi) Nuh, ‘Ad (kaum Nabi Hud) dan Thamud (kaum Nabi Soleh), serta orang yang datang selepas mereka (seperti kaum Nabi Lut). (Ingatlah) Allah tidak menghendaki berbuat kezaliman kepada hamba-hamba-Nya.”
32. “Dan wahai kaumku! Sesungguhnya aku bimbang kamu akan ditimpa azab seksa hari (kiamat) yang padanya masing-masing terjerit-jerit memanggil (untuk memohon pertolongan).”
33. “(laitu) pada hari kamu berpaling ke belakang (dari tempat hisab untuk dibawa ke neraka), padahal ketika itu tidak ada sesiapa pun yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab Allah. (Ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah kepadanya.”
English
26. And Pharaoh said: “Leave me to kill Musa, and let him call upon his Lord. Surely I fear that he will change your religion, or that he may cause a great disorder in the land.”
27. And Musa said: “Surely I take refuge with my Lord and your Lord from every arrogant one who believes not in the Day of the Reckoning.”
28. And said a believer from the family of Pharaoh who was hiding his faith: “Will you kill a man because he says my Lord is Allah, and he has come to you with clear proofs from your Lord? And if he be a liar, upon him be his lie, but if he is truthful, then some of that which he threatens you with will fall upon you. Surely Allah guides not one who is transgressor, a liar.
29. O my people! To you belongs the kingdom this day, you have the upper hand in the land but who will help us from the punishment of Allah when it comes to us?” Pharaoh said: “I show not to you except what I see myself, and I guide you not except to the path of righteousness.”
30. And he who believed said: “O my people! Surely I fear for you the same fate like the day of the Confederates (of old)!
31. Like the manner of the people of Nuh, and ‘Ad, and Thamud, and those after them. And Allah wishes not injustice to His servants.
32. And O my people! Surely I fear against you the Day of Mutual Calling (between the people of Hell and of paradise.
33. The Day you shall turn back fleeing, having no protector from Allah. And he whom Allah leaves to go astray, has no one to guide him then.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

