Halaman 469
Tarjuman
Bahasa Melayu
17. “Pada hari ini, tiap-tiap diri dibalas dengan apa yang telah diusahakannya. Tidak ada (hukuman) yang zalim pada hari ini. Sesungguhnya Allah Maha Cepat hitungan hisab-Nya.”
18. Dan berilah peringatan (wahai Muhammad) kepada mereka tentang hari yang semakin dekat (kedatangannya iaitu hari kiamat), iaitu ketika hati seseorang merasa resah gelisah kerana cemas takut (akan azab Allah) sehingga sesak naik ke kerongkong kerana menahan kesedihan. (Pada saat itu) orang yang zalim tidak akan mendapat seorang sahabat pun yang boleh membelanya dan tidak akan mendapat pemberi syafaat yang diterima syafaatnya.
19. Allah mengetahui mata yang khianat (mencuri pandang kepada sesuatu yang diharamkan) dan mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam dada.
20. Dan Allah memutuskan hukuman dengan adil dan sembahan-sembahan mereka selain daripada Allah tidak dapat memberikan sebarang keputusan. Sesungguhnya Allah, Dia-lah Yang Maha Mendengar (semua perkataan mereka) lagi Maha Melihat (semua perbuatan mereka).
21. Apakah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, lalu memerhatikan bagaimana kesudahan orang yang sebelum mereka? Orang itu adalah orang yang lebih hebat daripada mereka daripada segi kekuatan tenaga dan lebih banyak kesan-kesan usaha pembangunan mereka di muka bumi. (Maka sekalipun demikian), Allah binasakan mereka disebabkan dosa-dosa mereka. Mereka sekali-kali tidak memperoleh sesiapa pun yang dapat menyelamatkan mereka daripada azab Allah.
22. Yang demikian itu adalah kerana mereka telah didatangi rasul-rasul yang diutuskan kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan (hukum-hakam dan mukjizat) yang jelas nyata, lalu mereka kafir. Maka Allah mengazab mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Keras azab-Nya.
23. Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan (Nabi) Musa membawa ayat-ayat Kami dan bukti (mukjizat) yang jelas.
24. Kepada Firaun dan Haman serta Qarun, mereka (menuduhnya dengan) berkata, “Dia seorang ahli sihir lagi pendusta.”
25. Ketika (Nabi Musa) datang kepada mereka dengan membawa kebenaran daripada sisi Kami, mereka berkata, “Bunuhlah anak anak lelaki daripada orang yang beriman bersama dia dan biarkan hidup anak-anak perempuan mereka.” (Tetapi usaha) dan tipu daya orang kafir itu hanya sia-sia belaka.
English
17. Today every soul will be rewarded according to what it earned. No injustice (will be done) this Day. Surely Allah is swift in reckoning.
18. And warn them of the Approaching Day, when (the beating of) the hearts shall rise up to the throats, being full of suppressed grief. The wrongdoers shall have no friend nor any intercessor who could be listened to.
19. He knows the stealthy (fraud of the) eyes, and what the hearts conceal.
20. And Allah judge with justice, but those whom they call upon besides Him cannot judge at all. Surely Allah is All-Hearing, All-Seeing.
21. Have they not then travelled in the earth and seen what was the end of those before them? They were stronger than these in power, and they tilled the earth (they are superior in the traces which they left in the land), but Allah seized them because of their sins, and no one had they to defend them against Allah.
22. That was because their Messengers came to them with clear proofs, but they disbelieved, then Allah seized them. Surely Allah is All-Strong, severe in punishment.
23. And most certainly We sent Musa with Our signs, and a clear authority.
24. To Pharaoh, Haman, and Qarun, but they said: “This (man) is a sorcerer, a liar.”
25. So when he brought to them the truth from Us, they said: “Kill the males of those who believe with him, and spare their females.” And the plots of the disbelievers are nothing but error.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

