j25h482-Surah Fussilat

Halaman 482

Tarjuman
Bahasa Melayu

47. Kepada (ilmu pengetahuan) Allah jualah dikembalikan soal waktu kedatangan hari kiamat. Buah-buahan tidak akan keluar daripada kelopaknya, dan seorang ibu tidak akan mengandung serta tidak akan melahirkan anak melainkan dengan pengetahuan Allah. Pada hari (tersebut) Tuhan menyeru mereka (yang musyrik dengan bertanya kepada mereka), “Di manakah (makhluk-makhluk yang kamu sifatkan sebagai) sekutu-sekutu-Ku?” Mereka menjawab, “Kami mengakui kepada-Mu (wahai Tuhan kami) bahawa tidak ada seorang pun antara kami yang mahu menjadi saksi (bahawa Engkau mempunyai sekutu)!”

48. (Pada saat itu) apa yang mereka sembah dahulu (yang diharapkan pertolongannya) lenyap dan mereka yakin bahawa tidak ada sebarang jalan untuk mereka melepaskan diri (daripada azab).

49. Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan. Jika dia ditimpa kesusahan, maka dia menjadi seorang yang sangat berputus asa lagi putus harapannya (daripada rahmat Allah).

50. Sesungguhnya jika Kami merasakannya sesuatu rahmat daripada Kami sesudah dia ditimpa sesuatu kesusahan, pasti dia akan berkata (dengan angkuh), “Ini ialah hakku (hasil usahaku semata-mata), dan aku tidak yakin bahawa hari kiamat akan berlaku. Jika aku dikembalikan kepada Tuhanku (sekalipun), sudah tentu aku akan beroleh kebaikan di sisi-Nya (seperti keadaanku sekarang ini)!” Maka, sesungguhnya Kami akan memberitahu kepada orang yang kafir itu akan apa yang mereka telah kerjakan dan Kami akan merasakan mereka azab yang berat.

51. Apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, dia akan berpaling (tidak mahu bersyukur) serta menjauhkan diri (dengan bersikap angkuh). Tetapi apabila dia ditimpa kesusahan, maka dia akan banyak berdoa.

52. Katakanlah (wahai Muhammad), “Bagaimana pandangan kamu jika al Qur’an ini (yang datangnya) daripada Allah, kemudian kamu mengingkarinya? Siapakah yang lebih sesat daripada orang yang tetap berada dalam penyimpangan yang jauh (daripada kebenaran)?”

53. Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di merata-rata tempat (di dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata kepada mereka bahawa al-Quran adalah benar. Belum cukupkah bagi mereka bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?

54. Ingatlah! Sesungguhnya mereka (yang kafir itu) sentiasa berada dalam keraguan tentang pertemuan dengan Tuhan mereka. Ingatlah! Sesungguhnya Allah Maha Meliputi pengetahuan-Nya akan tiap-tiap sesuatu.

English

47. To Him is referred the knowledge of the Hour. And no fruit comes out of its coverings, and no female conceives or gives birth, except with His knowledge. And on the Day when He will call out to them: “Where are My partners?” They will say: “We inform you that none of us bears witness to that.”

48. And those whom they called upon before will disappear from them, and they will know that there will be no place for them to escape to.

49. Man is never tired of praying for good, but if evil touches him, then he is hopeless, despairing.

50. And surely if We make him taste Mercy from Ourselves after adversity (poverty, disease etc) has touched him, he will most certainly say: “This is mine, and I do not believe that the Hour will be established. And even if I am brought back to my Lord, I will surely have good with Him.” But We will certainly inform those who disbelieved of what they did. And We will certainly cause them to taste a severe torment.

51. And when We show favour upon man, he turns aside and withdraws himself, but when evil touches him, then behold! He is the master of long prayers.

52. Say: “Tell me, if it (the Qur’an) is from Allah, but you disbelieve in it, who is more astray than one who is in a far-gone opposition?”

53. We will soon show them Our signs in the horizons, and in their own souls, until it will become clear to them that it is the truth. Is it not sufficient that He, your Lord, is a witness over all things?

54. Is it not a fact that they are in a doubt about the meeting of their Lord? Surely He encompasses all things.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi