j24h479-Surah Fussilat

Halaman 479

Tarjuman
Bahasa Melayu

21. Dan (setelah berlaku yang demikian), mereka berkata kepada kulit-kulit badan mereka, “Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?” Kulit-kulit badan mereka menjawab, “Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata telah menjadikan kami dapat berkata-kata, dan Dia-lah yang menciptakan kamu pada mulanya dan kepada-Nya kamu dikembalikan (untuk menerima balasan).”

22. Dan kamu sekali-kali tidak dapat bersembunyi daripada penyaksian pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu terhadap kamu. Bahkan kamu menyangka bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan daripada apa yang kamu lakukan (secara bersembunyi itu).

23. Dan sangkaan kamu yang demikian, yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu itulah yang telah membinasakan kamu, maka kamu termasuk dalam kalangan orang yang rugi.

24. Oleh itu, sama ada jika mereka bersabar (menanggung azab atau sebaliknya, maka itu sama sahaja), kerana nerakalah tempat tinggal mereka. Jika mereka mengemukakan alasan (untuk mendapat pelepasan azab), maka mereka bukanlah lagi daripada orang yang diterima alasan.

25. Dan Kami tetapkan untuk mereka teman-teman rapat (terdiri daripada syaitan-syaitan), lalu teman-teman itu menjadikan mereka memandang baik (dengan memperhiaskan kepada mereka fahaman-fahaman sesat mengenai perkara-perkara dunia) yang ada di hadapan mereka, serta (perkara-perkara akhirat) yang ada di belakang mereka, dan (dengan sebab itu) tetaplah hukuman (azab) atas mereka bersama-sama dengan umat-umat terdahulu (yang sesat) daripada kalangan jin dan manusia. Sesungguhnya mereka semua ialah golongan yang rugi.

26. Dan orang yang kafir berkata, “Janganlah kamu mendengar al-Quran ini dan buatlah hingar bingar terhadapnya (dengan nyanyian-nyanyian, jeritan-jeritan, riuh rendah serta tepuk sorak), supaya kamu berjaya (mengganggu bacaannya, lalu dia menghentikan bacaannya).”

27. Maka sesungguhnya Kami akan merasakan orang yang kafir itu azab yang seberat-beratnya dan Kami akan membalas mereka dengan seburuk-buruk balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan.

28. Demikianlah keadaannya balasan musuh-musuh Allah iaitu neraka, disediakan untuk mereka tempat tinggal yang kekal di dalamnya sebagai balasan bagi perbuatan mereka yang sentiasa mengingkari ayat-ayat Kami.

29. Dan orang yang kafir berkata, “Wahai Tuhan kami! Perlihatkanlah kepada kami dua golongan yang telah menyesatkan kami daripada jin dan manusia, untuk kami meletakkan mereka di bawah tapak-tapak kaki kami, supaya mereka menjadi golongan yang paling bawah (hina di dalam neraka).”

English

21. And they will say to their skins: “Why did you bear witness against us?” They will say: “Allah has made us to speak as He has made everything to speak, and He created you the first time, and to Him you will be brought back.

22. And you could not hide yourselves, lest your ears, and your eyes, and your skins, should not bear witness against you, but you thought that Allah knew not most of what you did.

23. And this thought of yours which you believed about your Lord has ruined you, so you became the losers.”

24. Therefore if they can endure, the Fire will be a home for them and if they ask to be excused, then they will not be excused either.

25. And We appointed for them companions, so they made fair-seeming to them what was before them and behind them and the sentence which had been passed against the communities of jinn and men before them, became due against them (as well). Surely they are the losers.

26. And those who disbelieve say: “Listen not to this Qur’an, and make noise while it is being recited, that you may have the upper hand (overcome the recitation).”

27. Therefore most certainly We will cause those who disbelieve to taste a severe torment, and most certainly We will recompense them the worst of what they used to do.

28. That is, (the fire) the recompense of the enemies of Allah the fire therein will be for them the eternal home, a requital because they denied Our signs.

29. And those who disbelieve will say: “Our Lord! Show us those, among the jinn and men, who led us astray, that we may trample them under our feet, so that they may become of the lowest.”

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
STEM-Q
Asbab-al-Nuzul