j24h477-Surah Fussilat

Halaman 477

Tarjuman
Bahasa Melayu

1. Ha, Mim.

2. Diturunkan (al-Quran ini) daripada Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

3. Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu per satu, iaitu bacaan (al-Quran) yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi kaum yang mahu mengetahui (kandungannya).

4. la membawa berita yang menggembirakan (bagi orang yang beriman) dan membawa amaran (kepada orang yang ingkar). Dalam pada itu, kebanyakan mereka berpaling, lalu tidak mahu mendengarnya.

5. Dan mereka berkata, “Hati kami berada dalam keadaan tertutup (yang menghalang kami) daripada memahami apa yang engkau seru kami kepadanya, dan pada telinga kami ada penyumbat (menjadikan kami tidak dapat mendengarnya), serta antara kami dengan engkau ada sekatan (pemisah dalam masalah agama). Oleh itu, bekerjalah engkau (untuk agamamu), sesungguhnya kami juga tetap bekerja (untuk mempertahankan kepercayaan kami).”

6. Katakanlah (wahai Muhammad), “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu. Maka hendaklah kamu tetap teguh di atas jalan yang lurus (yang membawa kepada mencapai keredhaan-Nya) serta mohonlah keampunan kepada-Nya (daripada dosa-dosa kamu yang telah lalu). (Ingatlah) kecelakaan besar bagi orang yang musyrik (menyekutukan Allah dengan sesuatu).”

7. “(laitu) orang yang tidak menunaikan zakat sedangkan mereka ingkar kepada hari akhirat.”

8. Sesungguhnya orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, mereka beroleh (balasan) pahala yang tidak putus-putus.

9. Katakanlah (wahai Muhammad), “Sesungguhnya tidak patut kamu kufur kepada Tuhan yang menciptakan bumi dalam dua masa dan kamu adakan sekutu-sekutu bagi-Nya! Itulah Allah, Tuhan sekalian alam.”

10. Dan Dia menjadikan di bumi gunung-ganang yang kukuh (tersergam tinggi) di atasnya dan Dia melimpahkan berkat padanya serta menentukan bahan-bahan makanan (untuk penghuninya) dalam empat masa sebagai jawapan bagi orang yang bertanya (tentang penciptaan bumi dan segala isinya).

11. Kemudian Dia menuju ke langit sedangkan langit itu masih berupa asap, lalu Dia berfirman kepadanya (langit) dan kepada bumi, “Datanglah kamu berdua menurut perintah-Ku sama ada dengan sukarela atau terpaksa!” Kedua-duanya menjawab, “Kami berdua datang dengan patuh.”

English

1. Ha, Mim.

2. A revelation from the Most Gracious, the Most Merciful.

3. A Book of which the verses have been made plain, an Arabic Qur’an for a people who know.

4. Giving a glad tidings and a warning (of Allah’s punishment) , but most of them turn away, so they hear not.

5. And they say: “Our hearts are in a cover against that to which you call us, and in our ears there is deafness, and between us and you there is a screen, therefore work, surely we also work.”

6. Say: “I am but a man like you, it is revealed to me that your God is One God, therefore seek straight path to Him, and ask His Forgiveness.” And woe be to the pagans.

7. Those who give not the stated alms, and who deny the Hereafter.

8. Surely as for those who believe and do righteous deeds, there is for them an endless reward.

9. Say: “Will you indeed disbelieve in Him who created the earth in two periods (lit. days), and you set up equals to Him? That is Lord of the worlds.”

10. And He placed therein mountains on its surface, and He blessed it, and measured its foods therein into four periods (lit. days), for all those who enquire.

11. Then He rose over (istawa’) Himself to the heaven, and it was a mere smoke, so He said to it and to the earth: “Come both of you, willingly or unwillingly.” They said: “We both come willingly.”

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Khulasah Al-Quran