j22h440-Surah Fatir & Yasin

Halaman 440

Tarjuman
Bahasa Melayu

45. Dan kalaulah Allah menyeksa manusia disebabkan usaha mereka (yang berniat jahat), tentulah Dia tidak akan membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak. Tetapi (Dia tidak bertindak dengan serta-merta, bahkan) Dia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu, kemudian apabila sampai tempoh mereka (maka Allah akan membalas masing-masing dengan adil-Nya), kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat keadaan hamba-hamba-Nya.


1. Ya, Sin.

2. Demi al-Quran yang penuh hikmah.

3. Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang rasul) daripada rasul-rasul yang telah diutus.

4. Yang tetap di atas jalan yang lurus (agama Islam).

5. (Al-Quran) itu diturunkan oleh Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang.

6. Supaya engkau memberi peringatan kepada kaum yang nenek moyang mereka telah lama tidak diberikan peringatan. Sebab itulah mereka lalai.

7. Sesungguhnya telah pasti ketetapan hukuman terhadap kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman.

8. Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka yang mengikat kedua-dua tangan ke leher mereka, (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka, lalu mereka menjadi terdongak (tidak dapat tunduk ke bawah).

9. Dan Kami jadikan sekatan di hadapan mereka, dan sekatan di belakang mereka, lalu Kami tutup pandangan mereka. Maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar).

10. Dan (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka, engkau beri peringatan atau engkau tidak beri peringatan kepadanya mereka tetap tidak akan beriman.

11. Sesungguhnya peringatan (yang berkesan dan mendatangkan faedah) hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran al-Quran serta dia takut (melanggar perintah Allah) al-Rahman semasa dia tidak dilihat orang dan semasa dia tidak melihat azab Tuhan. Oleh itu, sampaikanlah kepadanya berita yang menggembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia.

12. Sesungguhnya Kami menghidupkan orang yang mati dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala bukti perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu Kami catatkan satu per satu dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang nyata.

English

45. And if Allah were to punish men for what they deserve, He would not leave on the surface of the earth any living creature: but He gives them respite until an appointed term, but when their term comes, then surely Allah is ever Seer of His servants.


1. Ya Sin.

2. By the Qur’an, full of wisdom.

3. Most surely you are one of the messengers.

4. On a straight path.

5. A Revelation sent down by the All-Mighty, the Most Merciful.

6. That you may warn a people whose fathers were not warned, so they are heedless.

7. Surely the word has proved true against most of them, for they do not believe.

8. And We have placed chains on their necks reaching to their chins, so their heads are forced up.

9. And We have placed a barrier before them, and a barrier behind them, and We have covered them up, so that they cannot see.

10. It is alike to them whether you warn them or warn them not, they will not believe.

11. You can only warn him who follows the reminder and fears the Most Gracious in his heart (lit. in secret), therefore give him the glad tidings of forgiveness and an honourable reward.

12. Surely We who give life to the dead, and We write down what they send before and (also) what they leave behind. And We have recorded all things in a clear book.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Khulasah Al-Quran