Halaman 436
Tarjuman
Bahasa Melayu
12. Dan tidaklah sama keadaan dua jenis laut yang satu tawar lagi menghilangkan dahaga serta sesuai diminum, sementara yang satu lagi masin lagi pahit. (Kedua-duanya itu berfaedah kepada kamu), dari tiap-tiap satunya kamu dapat makan daging yang segar dan dapat pula kamu mengeluarkan perhiasan untuk kamu memakainya. (Selain itu), engkau melihat pula kapal-kapal membelah air belayar padanya. (Diadakan semuanya itu) supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurniaan Allah, dan supaya kamu bersyukur.
13. Allah jua yang memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam (silih berganti), dan Dia yang memudahkan peredaran matahari dan bulan. Tiap-tiap satu daripada kedua-duanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagi-Nya kuasa pemerintahan sedangkan mereka yang kamu sembah selain Allah tidak mempunyai sesuatu pun walau senipis selaput biji kurma.
14. Kalau kamu memohon kepada mereka (yang kamu sembah itu), mereka tidak mendengar permohonan kamu, dan kalaulah mereka mendengar pun, mereka tidak dapat memberikan apa yang kamu pohonkan itu. Pada hari kiamat pula mereka mengingkari perbuatan syirik kamu. Dan (ingatlah) tidak ada yang dapat memberitahu kepadamu (wahai Muhammad, akan hakikat yang sebenarnya) seperti yang diberikan Allah Yang Maha Mendalam Pengetahuan-Nya.
15. (Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedangkan Allah Dia-lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
16. Jika Dia mahu, nescaya Dia membinasakan kamu dan mendatangkan makhluk yang baru.
17. Dan (pelaksanaan) yang demikian itu tidaklah sukar bagi Allah.
18. Dan (ketahuilah) seseorang yang berdosa tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain. Jika seseorang yang berat tanggungannya (dengan dosa), memanggil (orang lain) untuk menolong memikul sama bebanan itu, tidak akan dapat dipikul sedikit pun daripadanya, walaupun orang yang diminta pertolongannya itu daripada kerabatnya sendiri. Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah memberi peringatan kepada orang yang takut (melanggar hukum-hukum) Tuhan semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, serta mereka mendirikan solat. Sesiapa yang membersihkan dirinya (daripada segala yang dilarang) maka sesungguhnya dia melakukan pembersihan itu untuk kebaikan dirinya sendiri. Dan (ingatlah) kepada Allah jualah tempat kembali.
English
12. And the two seas are not alike, this one is sweet, satisfying thirst, and the other salty, bitter. And from both you eat fresh flesh, and bring out ornaments which you wear and you see the ships cleaving (their way) therein, in order that you may seek of His Grace, and that you may give thanks.
13. He merges the night to merge into the day, and He merges the day into the night, and He has subjected the sun and the moon, each one moves to an appointed term. This is Allah, your Lord, to Him belongs the Kingdom. And those whom you call upon besides Him, not have the power even over the husk of a date-stone.
14. If you call upon them, they do not hear your calling and even if they hear, they respond not to you. And on the Day of Resurrection they will disown you. And no one can inform you like the One who is Well-Acquainted.
15. O mankind! It is you who are in need of Allah, but He, Allah, is Self-Sufficient, the Praiseworthy.
16. If He wills, He could destroy you, and bring a new creation.
17. And this is not hard to Allah.
18. And no bearer of burden shall bear the burden of another, and if one soul heavily laden calls (another to carry) its burden, nothing whatsoever shall be carried away, even though he (the person called) be near of kin. You can only warn those who stand in awe of their Lord in secret, and who observe prayer. And he who purifies himself, he does so for (the good of) his own soul. And to Allah is the return.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

