j4h67-Surah Ali-‘Imran

Halaman 67

Tarjuman
Bahasa Melayu

133. Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertakwa.

134. Iaitu orang yang menafkahkan (mendermakan) hartanya pada masa senang dan susah, orang yang menahan kemarahannya dan orang yang memaafkan kesalahan orang lain. (Ingatlah) Allah mencintai orang yang berbuat kebajikan.

135. Dan juga orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun terhadap dosa mereka Sememangnya tidak ada sesiapa yang boleh mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

136. Orang yang bersifat demikian, balasannya ialah keampunan daripada Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya. Yang demikian itulah sebaik-baik balasan pahala bagi orang yang beramal.

137. Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah (contoh kejadian-kejadian yang berlaku kepada orang yang dusta), oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang yang mendustakan (rasul-rasul).

138. (Al-Quran) ini menjadi penerangan kepada seluruh umat manusia dan petunjuk serta pengajaran bagi orang yang (hendak) bertakwa.

139. Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu berdukacita, padahal kamulah orang yang tertinggi (kedudukannya di sisi Allah) jika kamu orang yang (benar-benar) beriman.

140. Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), Kami gilirkannya antara manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya Allah membezakan orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian antara kamu orang yang mati syahid. (Ingatlah) Allah tidak suka kepada orang yang zalim.

English

133. And race to forgiveness from your Lord, and a Garden as broad as the heavens and the earth, prepared for the pious.

134. Those who spend in times of prosperity, as well as in adversity, and who suppress their anger, and who pardon their fellow men, for Allah loves the doers of good.

135. And those who when they commit an indecency, or wrong their own souls, remember Allah and seek forgiveness of their sins and who forgives sins except Allah? And who persist not in what they have done (of wrong) while they know.

136. These! Forgiveness is their reward from their Lord, and Gardens, beneath which rivers flow, abiding in them forever. How excellent is the reward for those who work!

137. Surely there have passed away (examples of) the ways of life before you, therefore, travel in the earth and see what was the end of those who rejected (the truth).

138. This (Qur’an) is a clear declaration to all mankind, and a guidance and a teaching for the pious.

139. Therefore do not despair nor grieve, for you are superior, if you are believers.

140. If you have suffered from a wound, so did the enemy suffered from similar wound as well, and We cause these periods to alternate among mankind, that Allah may distinguish those who believe, and that He may select witnesses from among you. And Allah loves not the wrongdoers.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul