Surah Ali-‘Imran-j3h56

Halaman 56

Tarjuman
Bahasa Melayu

46. “Dan dia akan berkata-kata kepada manusia semasa dia masih kecil dalam buaian dan ketika dia dewasa serta dia termasuk di kalangan orang yang soleh.”

47. Maryam berkata, “Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun?” Allah berfirman, “Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Apabila Allah berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka Dia hanyalah berfirman kepadanya, “Jadilah engkau”, lalu terciptalah ia.

48. Allah akan mengajarkannya menulis, hikmah (hukum-hakam agama) dan isi kandungan kitab-kitab Taurat dan Injil.

49. Dan dia (dipilih pula) menjadi seorang Rasul kepada Bani Israel (dengan menegaskan kepada mereka), “Sesungguhnya aku telah datang kepada kamu dengan membawa satu tanda (mukjizat) daripada Tuhan kamu, iaitu aku boleh membuat untuk kamu daripada tanah liat seakan-akan bentuk burung, kemudian aku meniupnya lalu ia pun menjadi seekor burung (yang hidup) dengan izin Allah. Aku juga boleh menyembuhkan orang yang buta dan orang yang berpenyakit sopak, dan aku boleh menghidupkan kembali orang yang mati dengan izin Allah. Aku juga boleh memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumah kamu. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu tanda (mukjizat) bagi kamu (yang membuktikan kebenaran bahawa aku seorang Rasul yang diutus oleh Allah kepada kamu), jika kamu orang yang benar-benar (mahu) beriman.

50. Dan juga (aku datang kepada kamu untuk) mengesahkan kebenaran Kitab Taurat yang diturunkan sebelumku dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian (daripada perkara-perkara) yang telah diharamkan kepada kamu, seterusnya aku juga datang kepada kamu dengan membawa satu tanda (mukjizat) daripada Tuhan kamu. Oleh itu, bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.

51. Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu. Maka beribadahlah kepada-Nya. Inilah jalan yang lurus.”

52. Maka tatkala (Nabi) ‘Isa berasa (serta mengetahui dengan yakin) akan keingkaran daripada mereka (kaum Yahudi), dia berkata, “Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agama-Nya)?”. ‘Hawariyyun’ (Penyokong-penyokong Nabi ‘Isa) berkata, “Kamilah penolong-penolong (agama) Allah. Kami telah beriman kepada Allah dan saksikanlah (wahai Nabi ‘Isa) sesungguhnya kami adalah orang Islam (yang berserah diri sepenuhnya kepada Allah).”

English

46. And he will speak to people in the cradle and when grown up, and he will be of the righteous.” 

47. She said: “My Lord, how shall I have a son and no man has touched me?” He said: “Just so, Allah creates what He wills. When He decides upon any affair, He only says so it, ‘Be!’ and it becomes. 

48. And He will teach him the Book, and the wisdom, and the Taurat (Torah), and the Injil (Gospel).” 

49. And (he will be) a Messenger to the Children of Isra’il (saying): “I have most certainly brought to you a sign from your Lord, I make for you from clay the shape of a bird, then I breathe into it, then it becomes a bird with authority of Allah, and I heal the blind, and the lepers, and I bring the dead to life with the authority of Allah, and I inform you about what you
eat and what you store in your houses. Surely, there is a sign in this for you, if you are believers.

50. And (I) confirm what is before me of the Torah, and that I may make lawful for you some of the things that had been forbidden to you, and I bring you a sign from your Lord, so fear Allah and obey me. 

51. Surely Allah is my Lord and your Lord, then worship Him, this is the right path!”

52. Then when ‘Isa came to know of their disbelief, he said: “Who will be
my helpers in the way of Allah?” The disciples said: “We are the helpers of
Allah. We believe in Allah, and bear witness that we are Muslims.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi