j25h494-Surah Al-Zukhruf

Halaman 494

Tarjuman
Bahasa Melayu

61. Sesungguhnya ‘Isa itu benar-benar menjadi tanda (hampir) kedatangan hari kiamat, maka janganlah kamu ragu-ragu tentang (hari kiamat) itu. Ikutilah aku (ajaran tauhid ini). Inilah jalan yang lurus.

62. Dan janganlah kamu dipalingkan oleh syaitan (daripada menurut jalan yang benar). Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu.

63. Dan ketika ‘Isa datang (kepada kaumnya) dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata, dia berkata, “Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan membawa hikmah (syariat yang terdapat dalam Injil), dan untuk menerangkan kepada kamu sebahagian daripada (perkara-perkara agama) yang kamu berselisihan tentangnya. Oleh itu, bertakwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku.”

64. “Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, maka sembahlah Dia. Inilah jalan yang lurus.”

65. Kemudian, puak-puak (daripada kaumnya) itu berselisihan sesama sendiri. Maka kecelakaan dan kebinasaanlah bagi orang yang zalim itu lantaran azab hari yang pedih.

66. Mereka tidak menunggu melainkan saat kedatangan kiamat kepada mereka secara mengejut, dan dalam keadaan mereka tidak menyedarinya.

67. Pada hari itu, sahabat-sahabat karib, sebahagian mereka akan menjadi musuh kepada sebahagian yang lain, kecuali orang yang bertakwa.

68. (Mereka yang bertakwa itu, diberi penghormatan serta diseru oleh Allah dengan firman-Nya), “Wahai hamba-hamba-Ku! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan (daripada sesuatu yang tidak baik) dan kamu pula tidak akan berdukacita.”

69. (Mereka itu adalah) orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami dan mereka dahulunya adalah orang Islam (yang taat dan patuh),

70. (Dikatakan juga kepada mereka), “Masuklah kamu ke dalam syurga bersama-sama isteri-isteri kamu (yang beriman) dengan kegembiraan dan kemuliaan.”

71. Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan gelas-gelas daripada emas. Di dalam syurga itu, disediakan segala yang diingini oleh hati dan yang sedap dipandang oleh mata, dan (dikatakan kepada mereka), “Kamu di dalamnya kekal selama-lamanya.”

72. (Dikatakan lagi kepada mereka), “Inilah syurga yang diwariskan kepada kamu disebabkan apa yang kamu telah kerjakan.”

73. “Kamu beroleh di dalamnya pelbagai jenis buah-buahan, untuk kamu makan sebahagian daripadanya.”

English

61. And most surely there is a known time for the Hour, therefore be not in doubt about the (Hour), and follow me, this is the straight path.

62. And let not the Satan hinder you, surely he is a clear enemy to you.”

63. And when ‘Isa came with clear proofs, he said: “I have come to you with the wisdom, and in order to clarify to you some of the things you differ therein, therefore fear Allah, and obey me.

64. Surely, He, Allah, is my Lord and your Lord, therefore worship Him. This is the Straight Path.”

65. But the parties differed among themselves, so woe be to the wrongdoers because of the torment of a Painful Day.

66. They wait for nothing but the Hour, which will come upon them all of a sudden, while they perceive it not.

67. Friends on that Day will become enemies of one another, except the pious.

68. (And We will say): “O My servants! No fear be upon you this Day, nor shall you grieve.

69. (You) who believed in Our signs, and submitted (in Islam).

70. Enter the Garden, you and your wives, in happiness.”

71. Bowls of gold and cups will be passed round them, and there shall be in them what the souls desires, and in which the eyes delight, and you will abide therein forever.

72. And this is the Garden which you have been made to inherit for what you did.

73. There are therein many fruits for you, from which you will eat.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul