j25h493-Surah Al-Zukhruf

Halaman 493

Tarjuman
Bahasa Melayu

48. Tidaklah Kami memperlihatkan kepada mereka sesuatu tanda (mukjizat yang menunjukkan kebenaran Nabi Musa) melainkan tanda itu adalah lebih besar daripada yang sebelumnya. Kami timpakan mereka dengan pelbagai azab (bala bencana) supaya mereka kembali (bertaubat).

49. (Apabila bala bencana itu menimpa mereka), mereka merayu kepada Musa dengan berkata, “Wahai ahli sihir (gelaran orang yang bijak pandai pada zaman tersebut), berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami sesuai dengan kemuliaan (pangkat Nabi) yang diberikan kepadamu. Sesungguhnya kami benar-benar akan mendapat hidayah.”

50. Setelah Kami hapuskan azab itu daripada mereka, mereka terus memungkiri janjinya.

51. Firaun pula menyeru kepada kaumnya, katanya, “Wahai kaumku! Bukankah kerajaan negeri Mesir ini akulah yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah (istana)ku? Tidakkah kamu melihatnya?”

52. “Bahkan bukankah aku lebih baik daripada orang yang hina ini, dan yang hampir-hampir tidak dapat menjelaskan perkataannya?”

53. “(Kalaulah benar dia seorang rasul), maka mengapa dia tidak dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang daripada emas (sebagaimana tradisi seorang pemimpin di Mesir), atau malaikat datang bersama-sama dengannya untuk mengiringinya (untuk menyatakan kebenaran kerasulannya)?”

54. (Dengan yang demikian), maka Firaun mempengaruhi kaumnya, lalu mereka mematuhinya. Sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik.

55. Setelah mereka menyebabkan kemurkaan Kami (dengan perbuatan derhaka itu), Kami menghukum mereka, iaitu menenggelamkan mereka semuanya (di dalam laut).

56. Maka Kami jadikan mereka pengajaran dan contoh bagi orang yang datang kemudian.

57. Dan ketika (Nabi ‘Isa) putera Maryam dijadikan sebagai satu perumpamaan, (untuk membantahmu wahai Muhammad), tiba-tiba kaummu bersorak-sorak kegembiraan terhadapnya (kerana menyangka bahawa mereka telah menang).

58. Dan mereka berkata lagi, “Manakah yang lebih baik, tuhan-tuhan yang kami sembah atau ‘Isa?” (Sebenarnya) mereka tidak mengemukakan perumpamaan itu kepadamu (wahai Muhammad) melainkan untuk membantah semata-mata (bukan kerana mencari kebenaran), bahkan mereka itu adalah kaum yang suka bertengkar.

59. ‘Isa itu hanyalah seorang hamba yang telah Kami kurniakan nikmat kepadanya (dengan pangkat Nabi), dan Kami jadikannya sebagai satu tanda (kekuasaan Kami yang menakjubkan) bagi kaum Bani Israel.

60. Kalaulah Kami kehendaki, Kami benar-benar mampu menjadikan malaikat menggantikan kamu (menjalankan urusan) di muka bumi secara turun-temurun.

English

48. And We showed them no sign but it was greater than the one before it, and We put them into suffering, that they might return.

49. And they said: “O sorcerer, call upon your Lord for our sake according to what He has covenanted with you, for we will surely be guided.”

50. But when We removed the punishment from them, behold! They broke their promise.

51. And Pharaoh proclaimed among his people, saying: “O my people! Is not mine the kingdom of Egypt, and these rivers flowing underneath me? Do you not then see?

52. Am I not better than this one (Musa) who is despicable, and who can hardly speak clearly?

53. Why then are not bracelets of gold bestowed upon him, or angels accompanying him in ranks?”

54. So he fooled (mislead) his people, and they obeyed him. Surely they were disobedient people (to Allah).

55. Then when they angered Us, We punished them, and We drowned them all.

56. Then We made them of the past, and a tale for later generations.

57. And when the son of Maryam is cited as an example, behold! your people cry aloud thereat (laughing out at the example).

58. And they say: “Are our gods better, or he?” They do not set it forth to you but for the sake of disputation. Yea! they are quarrelsome people.

59. He was no more than a servant on whom We bestowed Our favour, and We made him an example for the Children of Isra’il.

60. And if We had willed, We could surely have made angels from among you, to be successors on the earth.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul