Surah Al-Waqi’ah & Al-Hadid-j27h537

Halaman 537

Tarjuman
Bahasa Melayu

77. Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah al-Quran yang mulia,

78. Yang tersimpan dalam kitab yang cukup terpelihara,

79. Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang disucikan,

80. Al-Quran itu diturunkan daripada Allah Tuhan sekalian alam.

81. Patutkah kamu (wahai golongan yang kafir ingkar) menganggap remeh sahaja terhadap keterangan-keterangan al-Quran ini?

82. Dan kamu menggantikan rezeki kamu dengan mendustakan Allah?

83. Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang daripada kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya,

84. Sedangkan kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya,

85. Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,

86. Maka bukankah elok jika kamu tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami),

87. Kamu boleh mengembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika benar kamu orang yang benar?

88. Kesudahannya, jika dia (yang mati itu) termasuk daripada orang ‘Muqarrabin’,

89. Maka (dia akan beroleh) ketenteraman, rezeki yang baik dan syurga yang penuh kenikmatan.

90. Dan jika dia daripada golongan kanan,

91. Maka (akan dikatakan kepadanya), “Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) daripada golongan kanan.”

92. Dan jika dia daripada (golongan kiri) yang mendustakan (Rasul mereka) lagi sesat,

93. Maka sambutan yang disediakan baginya adalah daripada air panas yang mendidih,

94. Serta dibakar di dalam Neraka Jahim.

95. Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.

96. Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Agung.


1. Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah. Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

2. Dia-lah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi. Dia menghidupkan dan mematikan. Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

3. Dia-lah Yang Awal dan Yang Akhir, dan Yang Zahir serta Yang Batin, dan Dia-lah Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

English

77. Most certainly this is an honourable Qur’an. 

78. In a Book well-protected. 

79. None shall touch it except those who are purified. 

80. A revelation from the Lord of the worlds. 

81. Is it such a narration that you shun? 

82. And you make the denial thereof your livelihood? 

83. Why then can you not (intervene), when (the soul) reaches the throat. 

84. And you at that moment are looking on, 

85. While We are (our angles) nearer to him than you, though you see not.

86. Why then can you not, if you are not subjected to (Allah). 

87. Send it back, if you are truthful? 

88. Then if he be one of those who are drawn near (to Allah). 

89. (Then there is for him) happiness, and fragrance of flowers, and Garden of Bliss. 

90. And if he be one of the Companions of the Right Hand.

91. Then “Peace be upon you from the Companions of the Right Hand.” 

92. But if it he one of those who reject the truth, the erring. 

93. Then for him is entertainment with boiling water. 

94. And burning in Hell-Fire. 

95. Most surely this is the absolute truth. 

96. Therefore celebrate with praises the Name of your Lord, the Supreme.


1. Whatever is in the heavens and the earth declares the Glory of Allah, for He is the All-Mighty, the All-Wise. 

2. To Him belongs the kingdom of the heavens and the earth, He gives life and He causes death and He has power over all things. 

3. He is the First and the Last, the Apparent and the Hidden, and He knows all things.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Khulasah Al-Quran