Surah Al-Tur-j27h525

Halaman 525

Tarjuman
Bahasa Melayu

32. Adakah mereka disuruh oleh akal fikiran mereka untuk melemparkan tuduhan-tuduhan yang sedemikian itu, ataukah mereka suatu kaum yang melampaui batas (lantaran keingkaran dan kedegilan mereka)?

33. Bahkan mereka berkata, “Dia (Muhammad) telah mereka-reka al-Quran itu.” (Tuduhan mereka yang demikian tidak berasas) bahkan mereka sengaja tidak mahu beriman!

34. Maka hendaklah mereka mendatangkan kata-kata yang setara dengan al-Quran itu, jika mereka orang yang benar dakwaannya.

35. Adakah mereka diciptakan tanpa sesuatu pun (tanpa ada yang menciptanya) atau adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri?

36. Adakah mereka yang mencipta langit dan bumi itu? (Sudah tentu tidak!) Bahkan mereka adalah orang yang tidak meyakini (kewujudan Allah).

37. Adakah di sisi mereka perbendaharaan Tuhanmu atau merekakah yang berkuasa (mentadbirkan segala-galanya)?

38. Adakah mereka mempunyai tangga (supaya dapat naik ke langit) untuk mendengar (apa yang diperintahkan dan ditetapkan oleh Allah)? (Jika ada) maka hendaklah orang yang mendengar itu membawa sesuatu bukti yang jelas.

39. Adakah untuk Allah anak-anak perempuan (yang kamu membencinya) dan untuk kamu anak-anak lelaki (yang kamu sukai)?

40. Pernahkah engkau (wahai Muhammad) meminta sebarang upah kepada mereka (atas daya usaha engkau menyampaikan ajaran Islam), lalu mereka dibebani dengan hutang?

41. Adakah pada sisi mereka pengetahuan mengenai perkara-perkara yang ghaib, lalu mereka menuliskannya (untuk menentang ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad)?

42. (Mereka tidak cukup dengan kata-kata dan tuduhan-tuduhan yang buruk sahaja) adakah mereka hendak melakukan rancangan ranca jahat (terhadapmu wahai Muhammad? Tetapi mereka tidak akan berjaya). Orang yang kafir itulah yang akan ditimpa balasan rancangan jahatnya.

43. (Apabila datangnya balasan rancangan jahat itu maka) adakah mereka mempunyai tuhan (yang dapat menyelamatkan mereka) selain daripada Allah? Maha Suci Allah daripada apa yang mereka sekutukan itu.

44. Jika mereka melihat sebahagian besar dari langit gugur (untuk menimpa mereka), mereka akan berkata, “(Itu adalah) awan yang berlapis-lapis (untuk menyegarkan kami)!”

45. Maka, biarkanlah mereka (wahai Muhammad, dan janganlah dihiraukan) sehingga mereka menemui hari yang padanya mereka akan dibinasakan,

46. (laitu) hari tidak berguna lagi sedikit pun rancangan jahat dan tipu daya mereka. Mereka pula tidak diberikan pertolongan.

47. Sesungguhnya orang yang zalim itu akan beroleh azab selain daripada azab yang tersebut, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikatnya yang sebenar).

48. Dan (dengan demikian) bersabarlah (wahai Muhammad) dalam menunggu ketetapan Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau tetap selamat dalam pengawasan Kami. Bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu semasa engkau bangun berdiri (dari tempat tidur atau majlismu).

49. Dan juga hendaklah engkau (wahai Muhammad) bertasbih kepada-Nya pada waktu malam, dan ketika bintang-bintang tenggelam (pada waktu subuh).

English

32. Do their minds command them this, or are they a people who transgress (againts all bounds)?

33. Or do they say: “He has forged it?” No, they do not believe. 

34. Then let them produce a book like this, if they are truthful. 

35. Or were they created from nothing? Or are they the creators? 

36. Or did they create the heavens and the earth? No, they do not (wish to) believe. 

37. Or do they have the treasures of your Lord? Or are they the controllers (thereof)? 

38. Or have they a ladder (to heaven), by means of which they listen? Then let their listener bring a clear proof. 

39. Or He (Allah has) daughters while you have sons? 

40. Or do you ask them for any reward, so that they are burdened with a debt? 

41. Or do they have (knowledge) of the unseen, so that they write it down? 

42. Or do they intend a plot? But those who disbelieve are the people who are caught in the plot. 

43. Or have they a god other than Allah? Glory be to Allah above what they associate (with Him). 

44. And if they should see a portion of the heaven falling down, they would say: “A heap of clouds.” 

45. Therefore leave them till they meet that day of theirs, in which they are struck (with terror), 

46. The day when their plotting shall not avail them at all, nor shall they be helped. 

47. And surely for those who do wrong, there is a punishment besides that, but most of them know not. 

48. And wait patiently for the judgement of your Lord, for surely you are before Our Eyes and celebrate the praises of your Lord when you get up (from sleep). 

49. And during the night, also celebrate His praises, and at the setting of the stars. 

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi