Halaman 524
Tarjuman
Bahasa Melayu
15. “Maka adakah ini sihir juga (sebagaimana yang kamu katakan terhadap keterangan rasul Kami dahulu) atau kamu tidak melihat?”
16. “Masuklah kamu ke dalamnya, maka sama ada kamu bersabar (menanggung azabnya) atau tidak bersabar, sama sahaja (tidak ada faedahnya) kepada kamu. Kamu tidak dibalas melainkan dengan apa yang kamu telah kerjakan.”
17. Sesungguhnya orang yang bertakwa ditempatkan di dalam syurga dan nikmat kesenangan.
18. Mereka bersenang-lenang dengan apa yang dikurniakan oleh Tuhan mereka dan mereka dipelihara oleh Tuhan mereka daripada azab Neraka Jahim.
19. (Dan dikatakan kepada mereka), “Makan dan minumlah dengan enak sebagai balasan daripada apa yang kamu telah kerjakan.”
20. Mereka duduk berbaring di atas pelamin-pelamin yang berderet dan Kami kahwinkan mereka dengan bidadari-bidadari (yang cantik lagi jelita dan bercahaya) matanya.
21. Dan orang yang beriman dan diikuti oleh zuriat keturunan mereka dalam keimanan, Kami hubungkan zuriat keturunan itu dengan mereka (di dalam syurga) dan Kami tidak mengurangi sedikit pun daripada pahala amalan mereka. Setiap manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.
22. Dan (penduduk syurga itu) Kami berikan tambahan kepada mereka (dari semasa ke semasa), dengan buah-buahan dan daging daripada segala jenis yang mereka idamkan.
23. Di dalam syurga itu, mereka saling berebut-rebut gelas (berisi arak) yang tidak menyebabkan timbul perkara yang sia-sia (daripada peminumnya) dan tidak pula menyebabkan dosa.
24. Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang sentiasa beredar di sekeliling mereka, seolah-olah anak-anak muda itu mutiara yang tersimpan (kerana kacaknya mereka).
25. Dan sebahagian mereka saling menghadap kepada sebahagian yang lain sambil bertanya-tanya.
26. Mereka berkata, “Sesungguhnya kami dahulu, semasa berada di tengah-tengah keluarga kami selalu merasa cemas (kerana takut berlaku derhaka kepada Allah),”
27. “Maka Allah memberikan kurniaan kepada kami dan memelihara kami daripada azab neraka.”
28. “Sesungguhnya kami dahulu tetap menyembah-Nya. Sesungguhnya Dia-lah sahaja yang sentiasa melimpahkan ihsan-Nya lagi Yang Maha Penyayang.”
29. Maka hendaklah engkau (wahai Muhammad) terus memberikan peringatan dan engkau disebabkan nikmat Tuhanmu bukanlah seorang tukang tenung (tilik) dan bukan pula seorang gila.
30. Bahkan mereka mengatakan (menuduhnya lagi), “(Muhammad) itu seorang penyair yang kami menunggu-nunggu saat kebinasaannya.”
31. Katakanlah (wahai Muhammad), “Tunggulah kamu (kebinasaanku sebagaimana yang kamu harapkan), maka sesungguhnya aku juga termasuk orang yang menunggu bersama-sama kamu (apa yang dijanjikan oleh Allah Ta’ala).”
English
15. Is this magic, or are you unable to see?
16. Go into it (now), and whether you are patient or impatient, it will be the same for you. You are merely being requited for what you used to do.”
17. Surely the pious shall be in Gardens and Bliss.
18. Rejoicing in that which their Lord has given them, and their Lord will save them from the torment of the Blazing Fire.
19. “Eat and drank happily because of what you used to do.”
20. Reclining upon thrones arranged in rows and We shall marry them to large-eyed beauties.
21. And as for those who believe and whose offspring follow them in faith, We will join them with their offspring, and We will not decrease anything from their deeds. Each man will be pledged for what he has earned.
22. And We will provide them with fruit and meat, out of what they wish.
23. They shall pass therein a cup to one another free from levity or sin.
24. And round them shall go around boy-servant of their own, as if they were imbedded pearls.
25. And some of them shall turn to the others, questioning.
26. They will say: “Surely we were in fear among our families before.
27. But Allah has been gracious to us, and has saved us from the torment of the scorching wind (Fire).
28. We called upon Him before, surely He is the Beneficent, the Merciful.”
29. Therefore go on reminding, for, with the blessing of your Lord, you are neither a soothsayer nor a mad man.
30. Or do they say: “He is a poet, for whom we wait some calamity by time?”
31. Say: “Wait, for surely I too will wait along with you.”
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul


