Surah Al-Taubah-j11h207

Halaman 207

Tarjuman
Bahasa Melayu

123. Wahai orang yang beriman! Perangilah orang kafir yang berdekatan dengan kamu. Biarlah mereka merasai sikap kekerasan (serta ketabahan hati) yang ada pada kamu. Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berserta orang yang bertakwa (dengan memberikan pertolongan-Nya).

124. Dan apabila diturunkan sesuatu surah (daripada al-Quran), maka ada antara mereka (yang munafik) bertanya (secara mengejek), “Siapakah antara kamu yang bertambah imannya disebabkan surah ini?” Adapun bagi orang yang beriman, maka surah itu menambahkan iman mereka, serta mereka bergembira (dengan turunnya).

125. Adapun orang yang berpenyakit (kekufuran) dalam hati mereka, maka surah al-Quran itu menambahkan lagi kekufuran di samping kekufuran yang sedia ada pada mereka dan mereka mati dalam keadaan kafir.

126. Dan tidakkah mereka (orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji (dengan berbagai-bagai bencana) sekali atau dua kali pada setiap tahun, kemudian mereka tidak juga bertaubat dan tidak pula mahu beringat (dan insaf)?

127. Dan apabila diturunkan satu surah (daripada al-Quran yang mendedahkan keburukan orang munafik itu), sebahagian mereka memandang kepada sebahagian yang lain sambil berkata, “Adakah sesiapa nampak kamu (kalau kita beredar dari sini)?” Kemudian mereka beredar (dengan meninggalkan majlis nabi). Allah memalingkan hati mereka (daripada iman), disebabkan mereka kaum yang tidak memahami.

128. Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul daripada golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad), yang mengambil berat atas sebarang kesusahan yang menimpa kamu, yang sangat menginginkan kebaikan bagi kamu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang yang beriman.

129. Jika mereka berpaling, maka katakanlah (wahai Muhammad), “Cukuplah Allah bagiku (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Kepada-Nya aku berserah diri dan Dia-lah yang memiliki Arasy yang agung.”

English

123. O you who believe! Fight those of the unbelievers who dwell near to you, and let them feel your strength and know that Allah is with those who are pious.

124. And when a surah is sent down, some of them say: “To which of you has it increased in faith?” Then as for those who believe, it certainly increased them in faith, and they rejoice.

125. But as for those in whose hearts there is a disease (of doubt, disbelief and hypocrisy), it certainly adds uncleanness to their uncleanness, and they die while they are unbelievers.

126. Well, do they not see that they are tried every year once or twice? Yet they do not turn (in repentance), nor do they take heed.

127. And whenever a surah is sent down, they stare at one another, (and they say): “Does any one see you?” Then they turn away. Allah has turned away their hearts because they are a people who do not understand.

128. Surely there has come to you a Messenger from among yourselves. It grieves him that you should be in trouble. He is most solicitous for your welfare, and kind, and merciful to the believers.

129. If then they turn away, say: (O Muhammad) “Allah is sufficient unto me, none has the right to be worshipped but He. On Him do I trust. He is the Lord of the Mighty Throne.”

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi