Halaman 206
Tarjuman
Bahasa Melayu
118. Dan (Allah menerima pula taubat) tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat mereka) hingga apabila bumi yang luas ini (terasa) sempit kepada mereka (kerana dipulaukan), dan hati mereka pula menjadi sempit (kerana dukacita), serta mereka yakin bahawa tidak ada tempat untuk mereka lari daripada (kemurkaan) Allah melainkan (bertaubat) kepada-Nya. Kemudian Allah menerima taubat mereka supaya mereka kekal bertaubat. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
119. Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang benar.
120. Tidaklah patut bagi penduduk Madinah dan orang Arab Badwi yang berada di sekeliling mereka ketinggalan daripada turut berperang bersama Rasulullah dan tidaklah patut mereka mencintai diri mereka sendiri dengan tidak mencintai Rasulullah. Yang demikian adalah kerana sesungguhnya setiap kali mereka merasa dahaga, merasa penat lelah, merasai lapar (dalam perjuangan) pada jalan Allah, menjejak sesuatu tempat yang menimbulkan kemarahan orang kafir dan juga setiap kali mereka menderita sesuatu bencana daripada pihak musuh melainkan semuanya itu dicatat sebagai amal soleh bagi mereka. Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang yang berbuat baik.
121.Dan tidak pula mereka menafkahkan sesuatu perbelanjaan yang kecil atau yang besar, dan tidak mereka melintasi sesuatu lembah melainkan dicatat pahala bagi mereka, kerana Allah membalas dengan balasan yang lebih baik daripada apa yang mereka telah kerjakan.
122. Dan tidaklah sepatutnya bagi orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang). Mengapa tidak sekelompok daripada tiap-tiap puak (kabilah) antara mereka mendalami ilmu agama, dan supaya mereka dapat memberi peringatan kepada kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang itu kembali kepada mereka. Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (daripada melakukan larangan Allah).
English
118. And also towards the three persons who were left behind (i.e who did not join the Tabuk Expedition) until the earth, in spite of its vastness,
was straitened for them, and their own souls were straitened to them and they realized that there was no refuge from Allah except to Him. Then He forgave them that they might repent. Surely it is Allah who is the Often
Returning, Most Merciful.
119. O you who believe! Fear Allah and be with those who are the truthful.
120. It is not befitting the inhabitants of Madinah and those Bedouins who live around them to remain behind the Messenger of Allah, nor to prefer
their own lives to his. This is so because they suffer no thirst, nor pain, nor hunger in the cause of Allah, nor do they take any step that angers the disbelievers, nor do they inflict any injury upon the enemy, but the same is written down for them as a good deed. Surely Allah does not
waste the reward of the doers of good.
121. Nor do they spend anything small or great, nor do they cross a valley, but the same is written down in their favour, so that Allah may reward them with the best of what they have done.
122. And it is not right and proper for the believers to go forth all together (to fight). Then why not a party from each tribe devote themselves to acquiring a deeper knowledge in religion, in order that they may warn their people when they return to them, that they might be cautioned?
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul


