Surah Al-Taubah-j11h205

Halaman 205

Tarjuman
Bahasa Melayu

112. Mereka itu ialah orang yang bertaubat, yang beribadah, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk tujuan kebaikan), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat makruf dan yang mencegah berbuat mungkar, serta yang menjaga batas hukum-hakam Allah. Gembirakanlah orang yang beriman (yang bersifat demikian).

113. Tidaklah sepatutnya bagi nabi dan orang yang beriman meminta ampun bagi orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang musyrik itu adalah ahli Neraka Jahim.

114. Dan istighfar (permohonan ampun Nabi) Nabi Ibrahim untuk bapanya tidak dibuat melainkan kerana adanya ikrar yang dijanjikan kepada bapanya. Tetapi, apabila ternyata kepada (Nabi Ibrahim) bahawa bapanya musuh Allah, maka dia pun berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya (Nabi) Ibrahim itu seorang yang sangat lembut hati lagi penyantun.

115. Dan Allah sekali-kali tidak menjadikan sesuatu kaum itu sesat sesudah Dia memberi hidayah kepada mereka sehinggalah Dia menerangkan kepada mereka apa yang mereka wajib pelihara diri daripadanya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

116. Sesungguhnya Allah jualah yang menguasai kerajaan langit dan bumi. Dia menghidupkan dan mematikan. Sekali-kali tidak ada pelindung dan penolong bagi kamu selain daripada Allah.

117. Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi (Muhammad), orang Muhajirin dan Ansar yang setia dengannya dalam masa kesukaran, sesudah hati segolongan daripada mereka hampir-hampir berpaling (daripada mengikut Nabi Muhammad), kemudian Allah menerima taubat mereka itu. Sesungguhnya Allah Maha Belas Kasihan lagi Maha Penyayang terhadap mereka.

English

112. Those who turn (to Allah in repentance), who serve (Him), who praise (Him), who fast, who bow down (in prayer), who prostrate, who bid doing
good and forbid doing evil, and who keep the limits of Allah. Therefore give glad tidings to the believers.

113. It is not for the Prophet and those who believe to ask forgiveness for the pagans, even though they be near of kin, after it has become clear to them that they (the pagans) are the dwellers of the Hell-fire.

114. And the asking of forgiveness by Ibrahim for his father was because of a promise he had made to him. But when it became clear to him that he was the enemy of Allah, he (Ibrahim) dissociated himself from him. Surely Ibrahim was tenderhearted, forbearing.

115. And it is not for Allah to lead a people astray after He has guided them, until He makes clear to them what they should avoid. Surely Allah knows all things.

116. Surely Allah, to Him belongs the kingdom of the heavens and the earth, He gives life, and He causes death and there is not for you besides Allah any patron or helper.

117. Allah has most certainly has forgiven the Prophet, and those who left their homes (al-Muhajirin), and the helpers (al-Ansar) who followed him during the difficult times (i.e Tabuk Expedition), after the hearts of a party of them had nearly swerved, then He accepted their repentance . For He is towards them full of Kindness, Most Merciful.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul