j11h203-Surah Al-Taubah

Halaman 203

Tarjuman
Bahasa Melayu

100. Dan orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dalam kalangan orang Muhajirin dan Ansar, serta orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan sebaiknya (daripada segi keimanan dan ketaatan), Allah reda kepada mereka dan mereka pula reda kepada-Nya, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar.

101. Dan antara orang yang di sekeliling kamu daripada orang Arab Badwi ada yang bersifat munafik dan (demikian juga) sebahagian daripada penduduk Madinah. Mereka telah sebati dengan kemunafikannya. Engkau tidak mengenali mereka, (tetapi) Kami-lah yang mengenali mereka. Kami akan mengazab mereka dua kali, kemudian mereka dikembalikan kepada azab yang besar.

102. Dan (sebahagian) yang lain mengakui dosa-dosa mereka. Mereka telah mencampuradukkan amal yang baik dengan amal yang buruk. Mudah-mudahan Allah akan menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

103. Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka sebagai zakat, supaya dengannya engkau membersihkan dan menyucikan mereka (daripada dosa dan akhlak yang buruk), serta doakanlah untuk mereka. (Ini kerana) sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman jiwa bagi mereka. (Ingatlah) Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

104. Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah menerima taubat daripada hamba-hamba-Nya dan juga menerima zakat (serta membalasnya), dan bahawa sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.

105. Dan katakanlah (wahai Muhammad), “Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.”

106. Dan segolongan yang lain (daripada orang yang tidak turut berperang) ditangguhkan keputusan mengenai mereka kerana menunggu perintah Allah, sama ada Dia mengazab mereka ataupun Dia menerima taubat mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

English

100. And with regard to the first and foremost among those who left their homes (i.e migrated from Makkah to Al-Madinah, al-Muhajirin), and the helpers (al-Ansar), and those who followed them in doing good, Allah is well pleased with them, and they are well pleased with Him, and He has prepared for them Gardens beneath which rivers flow, wherein they abide forever, that is the great attainment.

101. And of the Bedouins who are around you, there are hypocrites, and also of the inhabitants of the city. They persist in hypocrisy. You know
them not, We know them. We will punish them twice, then they will be brought back to a great torment.

102. And there are others who acknowledged their sins, they mixed up one deed that was good with another which was evil. It may be that Allah will turn to them. Surely Allah is Often Forgiving, Most Merciful.

103. Take alms from their wealth, that you may purify them and cleanse them thereby, and pray for them. Surely your prayer is a source of tranquillity to them and Allah is Hearing, Knowing.

104. Do they not know that it is Allah who accepts repentance from His servants and receives the alms, and that Allah is Often Returning, Most Merciful?

105. And say: “Do (righteous deeds), soon will Allah see your work, and (also) His Messenger and the believers. And you will soon be brought back to the Knower of the unseen and the seen, then He will inform you of what you used to do.”

106. And there are others made to await the command of Allah, whether
He will punish them, or He will forgive them. And Allah is Knowing, Wise.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul