j10h198-Surah Al-Taubah

Halaman 198

Tarjuman
Bahasa Melayu

69. (Nasib kamu wahai orang munafik) adalah sama dengan nasib orang sebelum kamu (yang telah dibinasakan), mereka lebih kuat serta lebih banyak harta benda dan anak pinak daripada kamu, seterusnya mereka telah bersenang-lenang dengan bahagian mereka, maka kamu pula telah bersenang-lenang dengan bahagian kamu sebagaimana orang yang sebelum kamu itu bersenang-lenang dengan bahagiannya, dan kamu pula telah memperkatakan (perkara yang salah dan dusta) sebagaimana mereka memperkatakannya. Mereka yang demikian, rosak binasalah amal-amalnya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan merekalah orang yang rugi.

70. Bukankah telah datang kepada mereka berita orang yang terdahulu daripada mereka, iaitu kaum Nabi Nuh, ‘Ad, Thamud, kaum Nabi Ibrahim dan penduduk negeri Madyan serta negeri-negeri yang telah dibinasakan? (Semuanya) telah datang kepada mereka rasul-rasul dengan membawa keterangan yang jelas nyata, (lalu mereka mendustakannya dan Tuhan membinasakan mereka), Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.

71. Lelaki dan perempuan yang beriman setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan, melarang daripada berbuat kejahatan, mendirikan solat dan menunaikan zakat serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

72. Allah menjanjikan lelaki dan perempuan yang beriman (akan beroleh) syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam ‘Syurga ‘Adn’ serta keredhaan daripada Allah yang lebih besar kemuliaannya, (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.

English

69. (You are) like those before you, they were stronger than you in power and more abundant in wealth and children. Then they enjoyed their lot, so also you have enjoyed your lot just as those before you did enjoy their lot, and you indulged in idle talk the way they indulged in idle talk. These are the people whose deeds are wasted in this world and the Hereafter, and these are the losers.

70. Has not the story of those before them come to them? The people of Nuh and ‘Ad and Thamud and the people of Ibrahim and the dwellers of
Madyan and the overthrown cities. Their Messengers came to them with clear proofs then it was not Allah who did them wrong, but they did wrong to themselves.

71. And the believing men and the believing women are protectors of one another. They bid doing good and they forbid doing evil, and they establish prayer and pay the stated alms, and they obey Allah and His
Messenger. They are the people whom Allah will show mercy. Surely Allah is Mighty, Wise.

72. Allah has promised the believing men and the believing women Gardens beneath which rivers flow, wherein they abide forever, and goodly dwellings in Gardens of Bliss. But the good pleasure of Allah is the greatest thing of all, that is the great attainment.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi