Surah Al-Taubah-j10h191

Halaman 191

Tarjuman
Bahasa Melayu

27. Kemudian Allah menerima taubat sesiapa yang Dia kehendaki (dengan memberi taufik untuk memeluk Islam), sesudah (orang kafir itu ditimpakan dengan azab). (Ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

28. Wahai orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjidil Haram sesudah tahun ini, dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu daripada limpah kurniaan-Nya, jika Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

29. Perangilah orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya, dan tidak beragama dengan agama yang benar, iaitu daripada orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar “Jizyah” (cukai yang dikenakan kepada orang bukan Islam sebagai imbalan kepada keselamatan diri mereka) dalam keadaan taat dan merendah diri.

30. Orang Yahudi berkata, “Uzair ialah anak Allah,” dan orang Nasrani berkata, “Al-Masih ialah anak Allah.” Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang kafir terdahulu, semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling daripada kebenaran?

31. Mereka menjadikan ahli-ahli agama dan pendeta-pendeta mereka sebagai tuhan selain daripada Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih Ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah daripada apa yang mereka sekutukan.

English

27. Then Allah will turn after that upon whom He wills for Allah is Often Forgiving, Most Merciful.

28. O you who believe! The pagans are altogether unclean (impure), then let them not approach the Sacred Mosque after this year of theirs. And if you fear poverty, then Allah will, in time, make you rich out of His grace if He wills. Surely Allah is Knowing, Wise.

29. Fight those who believe not in Allah nor in the Last Day, and who forbid not what Allah and His Messenger have forbidden, and who believe not in the religion of truth (i.e. Islam), from among the people of the Book until they pay the required Jizyah (tax) with their own hands and acknowledge their subjection.

30. And the Jews say: “‘Uzair is the son of Allah,” while the Christians say: “The Messiah is the son of Allah.” These are their sayings with their mouths, they imitate the saying of those who disbelieved before (them). Allah’s curse be upon them! Then see how they are turned away (from the truth)!

31. They have taken their rabbis and their monks as lords besides Allah, and (also) the Messiah, son of Maryam. And they were ordered to worship none but One God, there is no god but He. Gloried be He, high above what they associate (with Him).

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul